Wednesday, February 18, 2009

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN JAN 09

Assalamualaikum dan slm sejahtera, di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya mngikuti Program Asas Keusahawanan anjuran institut keusahawanan negara (INSKEN),kementerian pembangunan usahawan dan koperasi. pengendali program ini ialah Syarikat Nolan Consult pd 23hb-25hb januari 09 bertempat di DZ Nature Resort, Ulu Kimanis, Papar. saya berasa bertuah sekali kerana segala perbelanjaan adalah ditaja oleh PEMUDA UMNO Kimanis.

Dlm program ini, kami didedahkan dgn cara2 bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yg kualiti dan mampu setanding dengan usahawan2 dr luar negara.Tujuan utama program ini ialah untuk memudahkan proses peminjaman perniagaan dilakukan. Terdapat lapan sesi ceramah sepanjang 3 hari tersebut antaranya asas2 keusahawanan, asas kemahiran berkomunikasi secara berkesan, asas kewangan dan pemasaran domestik dan global/pembungkusan dan pelabelan, membina rangkaian niaga dan rancangan perniagaan, pengenalan sistem perniagaan dan pemasaran produk/perkhidmatan, ke arah melahir usahawan kreatif, peningkatan khidmat pelanggan, kemahiran berinteraksi dan ketrampilan diri, dan yang terakhir motivasi seusahawanan, etika perniagaan dan jati diri.

nota2 yg tlh diberi merupakan suatu benda yg sangat berharga bg saya kerana ia dpt dijadikan sebagai pandian sampai bila2. antara yg sangat berharga ialah nota berkenaan cara membuat kertas kerja perniagaan. hal ini kerana nota yg diberikan adalah sangat mudah dimahami dan mengikut standard terkini kerajaan.

Antara yg turut menyampaikan ceramah ialah DR. Paiizi Hj Yahya iaitu Pengarah Timb Pengerusi INSKEN dan saya berasa sangat bertuah dapat berjumpa dengan beliau. selain itu Dr. Norlan bin Hamid juga merupakan penceramah utama program ini, beliau merupakan seorang usahawan bumiputera sabah yg berjaya.

Tujuan utama saya mengikuti program ini ialah untuk memantapkan lagi ilmu keusahawanan saya bg menjayakan perancangan saya untuk menternak kambing tidak lama lagi dan diharap dapat menjadikan langkah pertama saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berilmu.

InsyaAllah pd post yg akan datang, saya akan berkongsi lebih mendalam lg tentang apa yg tlh saya pelajari sepanjang tempoh program yg sungguh bermakna ini. sekian Assalamualaikum

Sunday, February 8, 2009

INFORMASI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...