Sunday, April 22, 2018

PERJUANGAN YANG IKHLAS

1. Perjuangan merupakan suatu usaha gigih yg berani dan sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu matlamat.

2. Perjuangan boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti perjuangan untuk Keluarga, Agama, Negara, parti politik, Perniagaan, Cinta dan lain-lain lagi.

3. Perjuangan yang ikhlas akan selalunya membuahkan hasil. Perjuangan menentang penjajah contohnya merupakan suatu perjuangan yang memerlukan suatu semangat yg betul-betul kental dan tidak pernah menyerah sehingga negara kita berjaya mencapai kemerdekaan.

4. Keringat dan tapak tangan yg kasar merupakan bukti perjuangan seorang bapa untuk keluarganya tanpa mengira penat dan lelah. Siang dan malam hanya memikirkan pasal keluarga.


5. Sang pencinta pula sanggup memahami, meluangkan masa dan perhatian yang lebih kepada orang tersayang demi menambat hatinya. Setiap detik waktu hanya untuk mencintai apa adanya walau badai menghalang.


6. Kita semua pernah gagal dan jatuh. Gagal dan jatuh itu perkara biasa. Bangkit dari jatuh itu luar biasa. Apakah kita fikir untuk bangkit semula semudah A, B, C?. Adakah untuk bangkit semula tidak memerlukan usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu? Semestinya tidak!

7. Dalam perjuangan, berbeza pendapat dan pandangan itu perkara biasa. Namun pasti ada titik persamaan yang boleh kita jadikan sebab untuk kita saling berpegang tangan antara satu sama lain dalam meneruskan perjuangan.

8. Menyalahkan diri sendiri itu tidak mengapa. Namun tidak bangkit dari jatuh itu merupakan satu kerugian besar. Manusia tidak sempurna, namun kita ada pilihan untuk buat yg terbaik. Biarlah bangkit semula dengan perubahan yang baik dalam diri beserta dengan matlamat yg jelas dalam perjuangan.

9. Setelah kita berusaha, tawakal itu adalah langkah yang seterusnya. Maka kepuasan akan timbul dalam diri kita dan mewujudkan suatu perasaan ketenangan dalam diri kita.

10. InsyaAllah, Segala perjuangan kita sama ada untuk agama, keluarga, negara, perniagaan, parti politik atau Cinta akan dipermudahkan serta diberkati oleh-Nya sehingga mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...