Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

INDAHNYA DUNIA



Bekerjalah seperti anda tak perlukan wang. 
Mencintailah bagaikan anda tidak pernah disakiti.
Berlarilah seperti anda tak perlukan anugerah,
Menyayangilah bagaikan anda tak pernah dikecewakan,
Mencarilah seperti anda tak pernah putus asa.
Sembahyanglah bagaikan anda mati esok hari. 


Monday, August 15, 2011

1 RAMADAN DI LAUTAN IRAN


Hari ini 1 ramadhan, bulan yang mulia dan bulan penuh rahmat. Maka Genaplah 34 hari aku meninggalkan tanah airku. Kerjaku, tempat tinggal dan makan minumku hanya di atas vassel yg tak berapa besar. Kerja kami seperti biasa iaitu grouting struktur pelantar (member, clamp dan jacket leg) yang terletak di laut Iran.


Aku tersangat rindu dengan ibubapaku, familyku dan shbt2. Aku ingin balik cepat bersahur dan berbuka puasa bersama-sama. 3 hari lagi projek dijangja akan siap. Hatiku begitu gembira tak sabar balik ke sabah. 1 hari macam setahun rasanya menghitung hari.


Kerja offshore ni banyak cabaran dan pengajarannya:
Pertama; Cuaca maksimum di sini boleh mencecah 50 darjah celcius. Mesti banyak minum air. Jika terlalu terdedah dengan matahari banyak kehilangan air dlm badan. 2 orang suda hampir pengsan di sini. Nasib baik aku dr keturunan tahan lasak hehe.


Kedua; berjauhan dengan org tersayang. Begitu tersiksa sekali bila tak mendengar suara dan gelak tawa orang yg kita sayang. Cuma bercakap melalui telefon sahaja itupun susah mahu dapatkan signal.
Ketiga; makanan yg pelik2 sering dihidangkan kpd kami. Apa boleh buat cuma itu sahaja makanan yg ada, hantam sajalah. Tp kadang2 makan megi yg di bawa dr sabah juga. Megi tu 3 kali ganda sedapnya berbanding makanan yg pelik2 itu. Almaklumlah kebanyakan crew kapal orang iran so kami kena ikut cara mereka.
Keempat; masalah yg tiba2 muncul time operation. Bila sahaja masalah seperti host block huhhhh paling mantap la waktu tu sambil berlari2 dan tarik host yg besarnya seperti anaconda. Bagai putus urat dibuatnya. Sebelum ni sudah lebih lima kali host block. ok, sampai di sini sahaja yg dapat aku kongsikan, Sekian.

From Foroozan, Iran 1 ogos 2011

Sunday, August 14, 2011

JALAN MENUJU KE SANA



Saatnya ku melangakah, tak tahu bila terhenti.
Pandangan aku hanya ke depan, tidak pusing walau sekali,

Merantau aku ke samudera luas,
mencari sesuatu yang digelar pengalaman.
Berbekalkan setitik cinta, semangat dan azam,
penguat diriku dikala kepenatan.

Senyumku semakin pudar, berjauhan dengan orang yang tersayang.
Ketawaku kian muram, berjauhan dengan sahabat dan teman.
Namun wajah mereka di dalam ingatan tidak pernah luntur,
bagai mutiara yang terlalu cantik,

Matlamat telah aku tetapkan, semangat telah aku marakkan,
sikap telah aku positifkan, kini doa dan tawakkal jalan terakhirku untuk menuju jauh ke dapan.

Di hadapan ku terlalu banyak jurang yang dalam,
sehingga hampir aku terjatuh. Selalu aku berhati-hati dalam percakapan dan juga tindakan, agar aku tidak terjerat oleh jerat duniawi yang dipasang oleh tangan-tangan manusia.

Aku berhenti seketika dan melihat jauh di hadapanku.
Tidak aku ternampak apa-apa kecuali cahaya yang terlalu terang,
yang mustahil untuk orang biasa memilikinya.

Kini aku merasakan semakin dekat akan dapat memiliki cahaya itu,
walaupun pada ketika ini aku sendiri belum tahu jalan-jalan untuk menuju ke sana.



From Foroozan Iran 15.7.2011

Sunday, April 10, 2011

HARI KE 12 YANG ENJOY


Diam-diam rupa-rupanya suda 12 hari aku di offshore. Banyak pengalaman yang telah aku pelajari di sini. Hari pertama sampai di Platform F23 terus kena briefing pasal safety. Setiap hari bangun awal sebab setiap pagi wajib pergi tool box meeting jam 6. Sarapan pagi jam 5.30 am. Wah malas juga bangun awal ni tp apa boleh buat.

lepas Tool box meeting untuk semua crew platform, jam 7 am ada tool box meeting untuk team kami pula. Lepas tu baru keja start jam 6am hingga 6pm. Best juga keja di platform ni sebab enjoy dan banyak rehat. Jam 9 am rehat makan ringan, jam 12pm lunch, jam 3pm tea break dan jam 6pm pula dinner. Hari tu ada BBQ lagi sini.

Lepas keja kadang-kadang pergi Gim untuk tegapkan badan, hehe. Selain tu layan jamming dengan budak-budak sini. Kadang-kadang juga layan keyboard sorang-sorang layan blues la konon sambil belajar main tu keyboard.

Huhh penat tu memang la penat, tapi nawaitu yang menjadikan keja ni senang dan enjoy.Sekian untuk kali ini.

Tuesday, March 29, 2011

TIBA MASANYA MENINGGALKAN TANAH TERCINTA


Gemuruh................ itulah yang aku rasakan ketika ini, kerana esok aku akan ke pelantar F23DP-A yang terletak di perairan Miri. Duk dak duk dak jantung aku,, seringkali aku berbisik pada diri aku sendiri "tenang kau, kau boleh lakukan".

Boleh tahan juga transportation ke F23DP-A ni, siap naik coper lagi. Tak la juga mabuk laut nanti. Pengalaman pertama ni naik Coper. Macam manalah rasanya nanti. Mudah-mudahan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Aku betul-betul mengharap tuhan akan permudahkan segala urusan aku semasa projek ni. Selama lebih kurang 45 hari aku tak pijak tanah bagaimanalah emosi nanti. Mesti rasa tak tentu ni. Harap-harap semuanya akan baik-baik sahaja.

Kepada sesiapa yang terbaca entri ni tolong doakan untuk aku ya. Sedih juga ni. huhuhu


Wednesday, March 9, 2011

SESUATU YANG IKHLAS DARIKU


Hidup ni penuh cabaran dan dugaan, seperti roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Seperti air laut, kadang2 pasang, kadang2 surut. Seperti angin, kadang2 bertiup, kadang2 tak bertiup langsung. Seperti cuaca, kadang2 terang, kadang2 redup dan kadang2 hujan.

Cita2 mendorong aku supaya bekerja lebih kuat dan lebih disiplin. Semakin hari banyak ilmu yang datang. Untuk mencari rezeki yang halal, soal masa dan tenaga tak dihirau langsung. semua ini kerana naluri untuk terus hidup insan yang bernama manusia.

Masa berlalu tak terkejar. semakin hari usia makin meningkat. namun apa yang telah aku dapat, hanyalah pengalaman yang sekecil zarah, yang menjadi senjata untuk berjuang.

Berbisik dihati, sampai bilakah hidupku bergini? Hidup ibarat berpaut didahan yang goyah. Apakah semangat ini akan dibawa arus deras, yang lalu disekelilingku dengan pantas dan kejam. Hanya mampu berdoa, dipermudahkan segala urusan.

Ada yang kosong dalam diri ini. Sebentuk permata dan emas tak dapat dibandingi. sentiasa mencari ke sana ke mari. telah ku genggam namun terlepas akhirnya. Namun kuharap kekosongan ini diisi dengan jiwa dan iman yang ikhlas. Agar dapat bersama-sama berjumpa dengan-Nya.

Tamparan yang hebat telah aku rasai, dari tangan sang dugaan. Ia telah mengajarku untuk lebih berani dan bersedia. Telahku pelajari erti kehidupan, agar jangan sesekali mudah mengalah. mengalah bukannya kalah. Kehormatan itu adalah yang utama. bila kehormatan itu tak ada lagi. Sang kucing juga terpaksa mencakar kaki tuannya yang sedang memijak ekornya.

Hidupku ini kerana-Nya. mencari pedoman bukannya kebanggaan. mencari panduan bukannya kebongkakan. mencari ikhlas bukannya malas. Mencari iman bukannya permainan. Namun aku sering kali terlupa pada-Nya, saat ku gembira, saat ku ketawa dan saat ku berjaya. Aku harus tunduk sujud penyesalan. Mencari apa yang aku rindui selama ini. Mencari kejayaan dalam iman.


Sunday, March 6, 2011

PENGALAMAN SEMINGGU DI LABUAN

Hampir seminggu aku berada di Labuan minggu yang lalu membuka lembaran baru pengalaman kerjayaku. Apa taknya bila aku terpaksa membuat presentation mengenai task yang akan aku buat bila aku merantau ke laut Miri nanti di hadapan team worker dan dua orang Shell seorang dari Scotland dan seorang lagi orang India. dalam projek ni kira akulah antara orang penting konon sebab task aku ni adalah paling kritikal.

Tak dapat dinafikan rasa gemuruh di dalam diri. Aku present hari ke lima. Sebelum tu asyik memikirkan pasal presentation sehingga time makan dan mandipun terfikir juga. Huh.

Namun aku harus menghilangkan rasa gemuruh itu. Kebetulan member aku pandai mengurut, apa lagi teruslah aku gunakan kesempatan ini untuk kurangkan stress dan gemuruh. setiap malam aku study hurt untuk presentation yang terbaik. Bahasa inggeris akupun bukanlah baik sangat, tapi boleh2 la.

sehari sebelum present, aku study sampai jam 3 setengah pagi. Entah mengapa macam tak cukup lagi apa yang aku study sebelum ni. Nasib baiklah ada juga member yang bagi tunjuk ajar pasal presentation. rasa ringan la juga sikit. Aku berdoa pada tuhan agar dipermudahkan presentationku ini.

Hari presentation aku jam 10 pagi, aku bangun awal, mandi dan pakai baju. Kemudian aku melangkah dengan tenang menuju ke tempat presentation aku yang tak berapa jauh dari Hotel. aku melangkah bagaikan tak pijak lantai menggambarkan aku adalah orang yang paling steady sekali.

Tiba masa presentation aku, semua orang fokus ke arah aku. Aku tenangkan fikiranku bagaikan aku tengah present dengan budak2 kecil yang pintar untuk menghilangkan gemuruhku. Introduction yang baik telah aku berikan, kemudian isi2 yang ringkas dan padat telah aku rungkaikan. Yang penting bagi aku, semua orang faham jalan cerita presentation aku tak kira terdapat sedikit penggunaan bahasa yang simple2 (kalau bahasa melayu orang panggil bahasa2 kampung). Lepas present, aku tunjukkan pula cara praktikalnya pada Platform mini.

Terasa lega selepas selesai prentationku. Semua cabaran telah aku rintangi. Aku merasa bagaikan akulah orang yang paling heppy di dunia. Presentation seterusnya disambung oleh rakan yang lain sehingga jam 7 malam. Perancangan awal, presentation hanya sehari sahaja, tetapi oleh kerana banyak persoalah dan isu yang timbul maka dilanjutkan hingga keesokkan harinya.

Malam selepas prentationku, merayaulah aku dengan member2 bermain pool antara sukan kegemaranku. Walaupun kekalahan teruk, namun skill2 hebat telah aku pamerkan. Keesokkan harinya tibalah hari terakhir di Labuan. Aku sempat membeli coklat untuk diberikan pada orang rumah almaklumlah coklat di Labuankan murah2. Kami menaiki speed boat ke Menumbok kemudian sewa kereta ke KK. Kakak dan abang ipar aku terpaksalah ambil aku di KK balik ke rumah. Alhamdulillah sampai juga akhirnya ke destinasi.

Pengajaran yany telah aku pelajari ialah “Jika tak ada yang PERTAMA, yang KEDUA jangan harap akan ada.” Jadi jika yang PERTAMA itu terpaksa kita lakukan, lakukanlah ia dengan sebaik yang mungkin agar yang KEDUA nanti akan bertambah lebih Berjaya. Bagi aku Doa kepada Allah itulah yang paling utama untuk mendapat ketenangan dalam diri.

Monday, February 14, 2011

INILAH PESANANKU YANG TERAKHIR


Last Weekend yang lalu, berkeliaranlah aku dengan dua orang kawan aku mencari port yang mantap untuk dikenakan dengan Cannon kawan ku Mr. Sasa. Akhirnya sampai juga ke destinasi. Destinasi pertama di masjid bandaraya, kedua di bangunan bersejarah sebelah HSBC yang aku sedang posing maut di bawah ni dan destinasi ketiga semestinya di tanjung Aru. Dalam banyak2 shoot, gambar mantap di bawah ni la yang menjadi pilihan untuk dipaparkan dikhalayak masyarakat. Ni shoot di bahagian luar bangunan, coretan Grafitti yang mantap ada banyak lagi di dalam kawasan bangunan ni.

Pernahkan nampak budak2 kecil mahupun besar yang suka menconteng dinding atau mana2 tempat yang berkenan dihati mereka? Kita boleh tahu apa yang ingin mereka ekspresikan dari corak coretan mereka seperti marah, gembira, terluka, jatuh cinta dan lain2 lagi. Jika ini berlaku, larangan yang keras bukanlah satu jalan terbaik tetapi mendekati mereka itu akan menjadikan mereka lebih matang. Contoh tempat di atas ini merupakan satu-satunya tempat yang dibolehkan oleh kerajaan Sabah untuk orang2 yang suka menconteng atau mempamerkan seni Grafitti mereka.



Thursday, February 3, 2011

AZAM YANG TERLUPAKAN


Entah mengapa terlintas hati aku untuk menulis tentang azam. Mungkin juga pasal sekarang ni masi awal tahun. So masi belum terlambat lagi untuk tetapkan azam kita. Kadang2 terlintas juga ingin menulis azam aku pada kertas dan menampal di mana2 tempat orang ramai boleh baca, tapi riak la pula nanti orang kata. Aku sendiri sebenarnya mengaku yang pemahaman aku pasal azam ni masi di bawah 50%. Mengapa? sebab setiap kali azam yang aku tetapkan tak pernah menjadi 100%. So memang ada betulnya jugakan?


Tapi hairan juga bila sesuatu yang telah berjaya aku lakukan bukan terdiri dari salah satu azam yang telah aku tetapkan, pelik jugakan. Mahu tahu? ok la, hujung tahun 2010 lalu aku telah berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah. Tahun lalu aku tak pernah berazampun mahu berhenti merokok, tapi itulah kehendak Allah S.W.T.

Untuk tahun ni aku mahu share azam tahun baru 2011 aku. Aku ada tiga azam:

1. Tingkatkan disiplin 3 kali ganda
2. No malas!
3. XXXXXX XXXX

Maaf sebab azam nombor tiga aku tak boleh share atas sebab2 tertentu. Kalau aku share ia tak akan menjadi nanti.

Memang nampak simple ja kan azam aku. Bagi aku, biasanya kita selalu mengabaikan perkara2 yang simple atau remeh temeh tanpa kita sedari. Sedangkan perkara yang simple itulah yang selalu membuatkan urusan kita bertambah mudah sebagai contoh bila kita menangguh-nangguhkan sesuatu kerja yang mudah lama2 ia akan bertimbun lalu merumitkan keseluruhan kerja kita lebih2 lagi apabila kita dikehendaki menyiapkan semua kerja tersebut.

Orang yang berjaya selalunya tidak pernah mengabaikan perkara2 yang remeh temeh ni. Orang yang berjaya tidak akan mahu rugi dari segi masa dan lain2 perkara. Sebagai contoh jika kita merupakan seorang yang bijak mengurus kewangan peribadi, kita mesti berkira dalam perkara2 yang remeh temeh seperti apabila ada baki daripada pelayan restoran walaupun 10 sen kita mesti ambil. Ini bukanlah bererti kita ni peluki atau bakhil. tetapi oleh sebab money management. Cuba bayangkan 10 sen tu di kali dengan 100 atau 1000 kali kita makan di restoran. Duit tu mungkin kita boleh belanjakan untuk perkara2 yang lain atau didermakan kepada orang2 yang memerlukan.

Aku sengaja menekankan tentang perkara remeh temeh ni kerana manusia diciptakan dengan akal fikiran yang boleh lupa. Kesilapan tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Kita pasti akan melakukan kesilapan, tetapi ada cara untuk meminumkan kesilapan tersebut dengan belajar daripada kesilapan tersebut. Perkara yang remeh temeh ini akan membantu kita pada masa2 tertentu tanpa kita sedari. Sekali lagi aku nak terangkan yang aku bukanlah pakar pasal Azam ni, sekadar nak berkongsi idea. :)

Saturday, January 22, 2011

PERJALANAN YANG TAK BERAPA JAUH


Hari ni hari sabtu, mahu pergi kampung dengan adik yang tengah bercuti sekolah 2 hari. Sebenarnya sekarang ni aku standby untuk outstation kerja yang cukup mencabar tapi tunggu notis ja lagi. Tapi rasa boring pula di rumah ni, so aku buat keputusan untuk balik kampung ja la lagipun bukan jauh sangat Beaufort tu. Kurang 2 jam sampailah tu, dapat juga melihat wajah familyku yang tersayang lebih-lebih lagi wajah parents aku.
Baru ja aku call sahabat aku tadi si Rahim namanya, aku ajak dia sekali. Dengan suara baru bangun (macam harimau hehe) dia setuju mau ikut sama. Ada juga teman bercerita nanti. kebetulan pula tengah hari ni ada sepupu bertunang dan malam pula ada lagi sepupu kahwin. Huh kenyang la perutku ini. Harap-harap tak hujan la malam ni, kesian pula orang yang melangsungkan keramaian, almaklumlah sekarang nikan musim hujan.

Ok, aku nak bangunkan adik aku yang masi dibuai mimpi dan pastu aku nak mandi la pula. Lagu apa la aku nak bawa time aku mandi nanti ya??? Siapa-siapa ada suggestion? hehehe. k bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...