Sunday, April 22, 2018

PERJUANGAN YANG IKHLAS

1. Perjuangan merupakan suatu usaha gigih yg berani dan sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu matlamat.

2. Perjuangan boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti perjuangan untuk Keluarga, Agama, Negara, parti politik, Perniagaan, Cinta dan lain-lain lagi.

3. Perjuangan yang ikhlas akan selalunya membuahkan hasil. Perjuangan menentang penjajah contohnya merupakan suatu perjuangan yang memerlukan suatu semangat yg betul-betul kental dan tidak pernah menyerah sehingga negara kita berjaya mencapai kemerdekaan.

4. Keringat dan tapak tangan yg kasar merupakan bukti perjuangan seorang bapa untuk keluarganya tanpa mengira penat dan lelah. Siang dan malam hanya memikirkan pasal keluarga.


5. Sang pencinta pula sanggup memahami, meluangkan masa dan perhatian yang lebih kepada orang tersayang demi menambat hatinya. Setiap detik waktu hanya untuk mencintai apa adanya walau badai menghalang.


6. Kita semua pernah gagal dan jatuh. Gagal dan jatuh itu perkara biasa. Bangkit dari jatuh itu luar biasa. Apakah kita fikir untuk bangkit semula semudah A, B, C?. Adakah untuk bangkit semula tidak memerlukan usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu? Semestinya tidak!

7. Dalam perjuangan, berbeza pendapat dan pandangan itu perkara biasa. Namun pasti ada titik persamaan yang boleh kita jadikan sebab untuk kita saling berpegang tangan antara satu sama lain dalam meneruskan perjuangan.

8. Menyalahkan diri sendiri itu tidak mengapa. Namun tidak bangkit dari jatuh itu merupakan satu kerugian besar. Manusia tidak sempurna, namun kita ada pilihan untuk buat yg terbaik. Biarlah bangkit semula dengan perubahan yang baik dalam diri beserta dengan matlamat yg jelas dalam perjuangan.

9. Setelah kita berusaha, tawakal itu adalah langkah yang seterusnya. Maka kepuasan akan timbul dalam diri kita dan mewujudkan suatu perasaan ketenangan dalam diri kita.

10. InsyaAllah, Segala perjuangan kita sama ada untuk agama, keluarga, negara, perniagaan, parti politik atau Cinta akan dipermudahkan serta diberkati oleh-Nya sehingga mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Amin.

Thursday, January 5, 2017

ILMU ITU KURANG PENTING???

Albert Einstein pernah berkata "Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." Kata2 beliau amat mempengaruhi saya dalam hidup yang begitu mencabar ni. Bayangkan kalau kita melakukan sesuatu tanpa imaginasi terlebih dahulu, ia bagaikan orang buta yang sedang memandu kereta.

(Sekadar gambar hiasan)
Terfikir saya sejenak tentang ilmu yang banyak, ke mana perginya tanpa imaginasi? Orang yang banyak menggunakan imaginasinya akan lebih kretif dan berjaya. Kawan saya pernah berkata melalui hasil pembacaannya mengenai satu kajian iaitu, terdapat satu persamaan di antara orang-orang yang berjaya atau billionair. Satu persamaan itu ialah sebelum mereka berjaya dahulu, mereka benar2 yakin dan sering berimaginasi (seolah-olah mereka telahpun capai) bahawa mereka akan mengecapi kejayaan suatu masa nanti tetapi pada masa yang sama mereka tak tahu langsung bagaimana cara2 dan jalan untuk mengecapi kejayaan tersebut sehingga akhirnya mereka dikenali sebagai seorang yang sangat berpengaruh.

(Sekadar gambar hiasan)

Masi ingatkah zaman kita kecil2 dahulu? Mesti bestkan dapat main bermacam2 mainan seperti Lego, superman, spiderman, dan mcm2 lagi. Bila saya fikirkan, memang wajib memberikan kanak2 mainan kerana ia dapat membuatkan mereka belajar cara2 berimajinasi. Mesti kamu semua pernah berimajinasi yang pelik2 masa kecilkan? Ala biasala tu, sayapun pernah berimaginasi jadi superman dan ultraman sampai saya selalu aplikasikan penumbuk ultraman dekat kakak saya, tu pasal la lebam2 badan kakak saya, tu masa kecil2 la.



Apabila cara berimaginasi itu didedahkan atau dibiasakan sejak dari kecil lagi ia akan berubah bertambah lebih matang apabila umur meningkat. Imaginasi yang berbekalkan ilmu akan mejadikan diri kita lebih bertambah maju. jika ilmu kurang, jangan takut untuk berimajinasi kerana imaginasi itu lebih penting daripada ilmu. Kalau tak mengapa orang2 yang berjaya ada di kalangan mereka terdiri daripada mereka yang tak ada ijazah seperti Mark Zuckerberk dan Bill Gates?
(Sekadar gambar hiasan)

Cuma yang penting di sini ialah bagaimana cara seseorang itu menetapkan imaginasinya dengan cara yang betul dan hebat serta kena dengan dirinya. Jangan pernah takut berimaginasi ,percayalah sepenuhnya pada naluri kita apabila ia berbisik yang kita akan berjaya suatu hari nanti walaupun kita langsung belum tahu cara2 dan jalan untuk kita ke sana. Seperti anak burung yang baru pertama kali ingin terbang, ia langsung tak diajar cara2 untuk terbang oleh ibunya, ia cuma bergantung pada naluri ingin terbangnya. maka ia begitu yakin sehingga ia berjaya terbang dengan tenang di udara. Selamat berimaginasi.

Sunday, January 1, 2017

SELAMAT DATANG KE ERA EKONOMI BARU 2017


1.  Sedar tidak sedar kita sedang melangkah ke dunia ekonomi baru yang semakin kejam untuk mereka yang tiada ilmu kewangan yang betul.
2. Ramai orang berlumba-lumba menetapkan azam yang mungkin tidak pernah dicapai melebihi 10%.
3.    Mereka menetapkan azam oleh kerana orang lain membuat perkara yang sama, yang menyebabkan fokus mereka lebih ke arah ingin memberi tahu kepada semua yang mereka telah memiliki azam.
4.    Ramai orang memiliki azam yang baik tetapi tidak memiliki tindakan yang baik dan ada yang memiliki tindakan yang baik tetapi tidak memiliki azam yang baik.
 (Gambar hiasan)
5.   Tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar terutamanya dari sudut ekonomi. Kita sudah melihat kenaikan mendadak harga barangan yang kita sendiri tidak pernah jangkakan iaitu barangan runcit dan keperluan seharian seperti minyak makan, gula, ikan dan banyak lagi. Yang terbaru harga tayar akan meningkat tidak lama lagi. GST juga telah memberi impak yang ketara kepada rakyat walaupun kerajaan berulang-ulang kali mengatakan GST akan menurunkan harga barangan namun perkara sebaliknya telah berlaku.
6.  Semasa kecil, saya sering mengikuti ibu saya berbelanja di supermarket. Dengan perbelanjaan sebanyak RM50 ia telah menyukarkan saya untuk menolak trolley tempat di mana barang-barang belian diletakkan. Sekarang ketika saya sudah dewasa, saya dapati dengan perbelanjaan sebanyak RM50 kita tidak perlu lagi menggunakan trolley. Cukup hanya menggunakan beg plastik kerana bebannya tidak seberat zaman saya kanak2 dulu. Ini bermakna kerajaan kita sangat perihatin kerana telah berjaya meringankan beban barang-barang perbelanjaan kita pada masa kini berbanding zaman dahulu.
7.   Selepas saya dan rakan-rakan bermain futsal, kami singgah sebentar di restoran mamak untuk menghilangkan rasa dahaga. Saya menyedari harga secawan teh tarik telah dinaikkan sebanyak 20 sen selepas harga  satu kilo gula naik sebanyak 20 sen. Hal ini dapat dilihat ibarat mamak itu telah memasukkan 1 kilo gula ke dalam secawan teh tarik tersebut sebab kenaikkan harga secawan teh tarik sama jumlahnya dengan kenaikkan harga 1 kilo gula iaitu 20 sen.  Bukankah ini sangat kejam untuk mereka yang kurang berkemampuan? Namun ini hanyalah satu contoh yang kecil untuk memudahkan kita untuk memahami situasi ekonomi yang lebih besar lagi.
8.  Namun, adakah kita hanya sekadar menyalahkan kerajaan semata-mata tanpa membuat apa-apa tindakan untuk melindungi diri kita dari menjadi mangsa ekonomi baru yang kejam kepada mereka yang tiada ilmu kewangan pada tahun 2017?
 (Gambar hiasan)
9. Soalan: Bagaimana ingin melindungi diri kita dalam era ekonomi yang sangat kejam ini? Jawapan saya ialah dengan MEMILIKI ILMU KEWANGAN yang betul.
10.Sejak kecil kita sering diajar untuk sentiasa menyimpan wang, dengan harapan wang itu akan digunakan ketika susah dan ketika kita benar-benar memerlukan. Kita jarang sekali disuruh untuk melaburkan wang supaya wang itu akan berganda melalui perniagaan, saham dan sebagainya.
11.Kita sering disuruh untuk pergi ke sekolah, belajar rajin-rajin, dapat gred terbaik, dapatkan pekerjaan yang baik dan dapatkan gaji yang tinggi. Sedar atau tidak, sistem pendidikan kita sebenarnya mengajar kita untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi, bukan mengajar kita untuk mencipta pekerjaan yang bergaji tinggi untuk orang lain.
12.Disekolah, Kita tidak didedahkan dengan ilmu kewangan yang membolehkan kita mencipta peluang pekerjaan dan membolehkan kita terselamat dari kesan ekonomi yang kejam. Kita dapat lihat tidak kira sama ada syarikat besar atau kecil ramai orang kehilangan sumber pendapatan sekelip mata akibat diberhentikan kerja oleh sebab harga minyak dunia yang telah jatuh dengan teruk sekali. Pada ketika ini ramai kita lihat mereka yang mencari jaminan pekerjaan selama ini berasa tertipu kerana sebenarnya tiada syarikat yang boleh menjamin pekerjaan 100% walaupun syarikat itu kaya seperti Petronas dan schlumberger.
13.Soalan: Kenapa kita perlu memiliki ILMU KEWANGAN yang betul? Jawapan saya ialah supaya kita boleh mencapai kebebasan kewangan.
14.Ramai orang sangat menginginkan jaminan pekerjaan dengan mengidamkan jawatan tetap dari kerajaan atau syarikat-syarikat swasta. Mereka mengidamkan gaji tetap setap bulan. Jumlah gaji mereka ditetapkan oleh majikan yang menyebabkan mereka TIADA KAWALAN ke atas gaji yang mereka dapat setiap bulan. Dalam masa yang sama kita dapati kadar kenaikan barang-barang keperluan yang tidak terkawal telah menyebabkan ramai orang terpaksa berbelanja melebihi apa yang mereka hasilkan.
15.Sangat kurang orang yang menginginkan kebabasan kewangan. Iaitu mereka yang menggunakan wang mereka untuk membuat pelaburan yang menyebabkan wang masuk ke poket mereka apabila keadaan ekonomi baik ataupun teruk. Mereka inilah yang dapat membezakan antara aset dan liabiliti.
16.Maksud aset ialah wang  yang masuk ke poket kita dan liabiliti pula ialah wang yang keluar dari poket kita.  Rumah yang kita sewakan ialah asset bagi kita kerana wang akan masuk ke poket kita dan begitu juga dengan perniagaan dan saham yang kita miliki. Rumah yang kita beli dan kita duduki ialah liabiliti bagi kita kerana duit akan keluar dari poket kita melalui pembayaran pinjaman bulanan kepada bank dan begitu juga dengan kad kredit dan kereta yang kita guna.
17.Pelaburan pertama ialah pelaburan dalam ilmu kewangan. Pelaburan seterusnya ialah pelaburan dalam aset yang menyebabkan duit masuk ke poket kita. Melalui ilmu kewangan, , kita akan sentiasa dapat mengawal aliran tunai mengikut apa yang kita kehendaki. Sekiranya kita ingin membeli sesuatu barang mewah, perkara pertama yang difikirkan ialah apa pelaburan baru yang saya perlu buat untuk menampung perbelanjaan untuk mendapatkan barang mewah itu?
18.Cara terbaik untuk menghapuskan risiko ialah dengan mengawal. Kita tidak boleh jamin rumah kita tidak akan dimasuki pencuri. Oleh itu kita perlu mengawalnya dengan meletakkan CCTV, memasang pagar besi, meletakkan kaca di atas pagar, mengupah pengawal keselamatan dan sebagainya. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan risiko kecurian di rumah kita. Begitu juga dalam aspek kewangan, kita tidak dapat jamin 100% perniagaan kita akan selamat selama-lamanya. Cara kawalan yang boleh dibuat ialah dengan membeli insuran. Cara kawalan yang seterusnya ialah dengan banyak melabur dalam ilmu kewangan dan perniagaan, mencari rakan niaga yang terbaik dan sebagainya. Melalui ini kita dapat kurangkan risiko kewangan dalam perniagaan kita dan mampu mencapai kebebasan kewangan.
 (Gambar hiasan)

19.Soalan: Bagaimana menetapkan azam? Jawapan saya ialah dengan membahagikan matlamat kepada 3 bahagian. Iaitu matlamat jangka masa pendek, matlamat jangka masa sederhana dan matlamat jangka masa panjang. 
20.Seperi yang telah saya terangkan pada point ke 2, Kebanyakan orang berlumba-lumba menetapkan azam yang mungkin tidak pernah dicapai melebihi 10%. Hal ini mungkin kerana mereka tidak berdisiplin dan tidak membahagikan matlamat mereka supaya mudah untuk dicapai. Matlamat yang dibahagikan ini akan memudahkan dalam proses perlaksanaan. Sebagai contoh, sekiranya matlamat jangka masa panjang kita ialah memiliki RM 1 juta pada 3 tahun akan datang, maka matlamat jangka masa pendek kita ialah memohon lesen perniagaan pada hari besok. Dan matlamat jangka masa sederhana pada 5 bulan hingga 1 tahun akan datang pula ialah membina 5 restoran dengan kelengkapan dan siap untuk beroperasi. Ini sebagai contoh yang dapat kita lakukan dengan mudah sekiranya kita mempunyai ilmu dan disiplin yang tinggi.
21.Akhir sekali, adakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke era ekonomi yang serba mencabar pada tahun 2017? Sudahkah kita membuat pelaburan yang pertama, iaitu pelaburan dalam ilmu kewangan? Kalau sudah Selamat maju jaya dan selamat tahun baru!

Sunday, December 25, 2016

SEDAR ATAU TIDAK


1. Ramai orang berbelanja lebih banyak daripada apa yg dihasilkan. Menurut petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Oktober 2014, seramai 41 orang belia  Malaysia berumur  lingkungan 21 – 40 tahun dianggarkan  menjadi  muflis  setiap  hari  akibat jahil  pengurusan kewangan.  Menurut rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)  pula  sejumlah 122,169 rakyat  Malaysia  diisytihar  muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun 2013. semakin ramai belia yang muflis disebabkan menanggung bebanan hutang yang amat serius seperti kad kredit, pinjaman, membeli kereta dan pinjaman peribadi.

2. Ramai orang blm kenal apa itu aset dan apa itu liability sehingga mereka terperangkap menjadikan mereka papa kedana. Ramai orang beli kereta dan rumah mahal yg di anggap sebagai aset sedangkan itu hanyalah liabiliti yg menyebabkan duit keluar dr poket kita. Sangat sedikit orang membina aset sebenar yg menyebabkan duit masuk ke poket kita.

3. Ramai orang suka bergosib daripada bercerita berkenaan isu kewangan dan bisnes. Mereka lebih gemar bercerita berkenaan hal orang lain berbanding hal diri mereka dan masa depan sendiri.

4. Orang yang luarbiasa kebiasaanya melakukan usaha yang luar biasa. Ramai orang mengharapkan keputusan yang luarbiasa dengan usaha yang biasa-biasa sahaja.

Image result for robert kiyosaki quotes network

5. Ramai orang inginkan kejayaan sekelip mata tetapi tidak sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu. Mereka lebih gemar membuat teori kejayaan ciptaan mereka sendiri dengan merujuk darilada contoh2 yang salah.

6. Kebanyakan cukai dikenakan kepada pekerja yg bekerja keras untuk syarikat. Sedangkan usahawan yg mempunyai syarikat dan pelabur boleh mendapat banyak pengecualian cukai walaupun pendapatan semakin banyak. Masihkah kita ingin menjadi pekerja selama-lamanya?

7. Ramai orang ingin menjadi kaya tetapi seringkali mengikuti nasihat orang yg berfikiran miskin.

8. Ramai orang inginkan jaminan kewangan. Sangat sedikit inginkan kebebasan kewangan. Kerja kerajaan menjadi idaman kebanyakan muda mudi kerana inginkan jaminan pekerjaan dan pencen. Orang yg inginkan kebebasan kewangan lebih cenderung berniaga dan melabur dalam aset yang menyebabkan duit masuk ke poket mereka  walaupun mereka tidak bekerja lagi.

9. Facebook dicipta untuk mengeratkan hubungan sesama manusia tetapi terlalu ramai orang bermusuhan oleh sebabnya. Sangat sedikit gunakan FB utk perniagaan dan melipatkaligandakan wang. 


10. Kenapa kita perlu menjadi kaya? Jawapan saya ialah supaya kita ada banyak pilihan. Supaya ketika kita ingin melancong, dalam otak kita ada banyak pilihan yg kita boleh pergi. Sekiranya kita mahu menderma, kita ada banyak pilihan sama ada kita mahu derma rm50 atau rm5000. Sekiranya kita hendak ke Umrah, kita ada pilihan sama ada pergi sendiri atau bawa keluarga sekali. Kita banyak pilihan kerana kita mampu.

11. Ramai orang mengeluh kesuntukan masa tetapi tidak pandai menghargai masa. Banyak masa terbuang untuk perkara2 yang tidak penting yang menjadikan mereka lalai. 

12. Duit tidak  penting  tapi  banyak  perkara2  penting  memerlukan  duit. Pandangan negative sering ditujukan kepada mereka yang berusaha  mencari  duit  lebih  sedangkan  tanpa  sedar  mereka  yang berpandangan negatif itupun sedang sedaya upaya mencari duit lebih tetapi bezanya mereka mencari duit lebih tanpa ilmu.

13. Kesilapan nyata ramai orang ialah berjumpa seseorang apabila memerlukan sesuatu. Sedangkan orang yg bijak membina networking dengan banyak berkongsi serta banyak memberi daripada menerima. Mereka sering menjaga networking mereka walaupun pada ketika tiada apa-apa keperluan pada waktu itu.


14. Ramai orang tidak minat belajar berniaga dengan orang cina sedangkan nabi pernah berpesan “Carilah ilmu hingga ke negeri cina”. Orang cina antara bangsa paling pintar berniaga sebab itu ramai jutawan dan billionaire di malaysia terdiri dr golongan cina.

15. Jika belum menjadi kaya tidak mengapa. Biasanya matlamat pertama orang kaya bukanlah untuk menjadi kaya tetapi untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Maksudnya memiliki aliran tunai yang sihat setiap bulan walaupun gaji kecil, yang penting pendapatan mereka lebih banyak daripada perbelanjaan mereka.

16. Ramai orang memilih untuk pencen ketika umur mencecah 55 atau 60 tahun. Terlalu sedikit orang memilih untuk pencen awal seawal 20an, 30an atau 40an. Maksud pencen yg sebenar bagi usahawan ialah memiliki kebebasan kewangan sedangkan orang bukan usahawan berfikir suda tiba masanya saya rehat selama-lamanya dari bekerja kerana telah memiliki wang pencen dan EPF walaupun mereka sedar wang tersebut bukan selama-lamanya nilainya sama. Maksud pencen yg lebih detail lagi ialah mempunyai banyak masa untuk menggandakan kekayaan kerana tidak terikat dengan sesuatu dan memiliki aliran tunai yg sihat. Kita dapat lihat ramai billionair yg masih bekerja seperti Warren Buffett, Bill Gates, Richard Branson dan lain2 lagi kerana mereka ada banyak masa untuk menggandakan kekayaan mereka pada masa sekarang. Mereka boleh saja untuk tidak bekerja tetapi mereka ada pilihan.

17. Ramai orang bercita-cita ingin menangkap peluang yg besar tetapi tidak ingin menangkap peluang yg kecil terlebih dahulu. Sejarah jutawan2 dan billionaire2 banyak membuktikan yang mereka hampir keseluruhan membina empayar bermula dari bawah.

Thursday, January 17, 2013

INDAHNYA DUNIA



Bekerjalah seperti anda tak perlukan wang. 
Mencintailah bagaikan anda tidak pernah disakiti.
Berlarilah seperti anda tak perlukan anugerah,
Menyayangilah bagaikan anda tak pernah dikecewakan,
Mencarilah seperti anda tak pernah putus asa.
Sembahyanglah bagaikan anda mati esok hari. 


Monday, August 15, 2011

1 RAMADAN DI LAUTAN IRAN


Hari ini 1 ramadhan, bulan yang mulia dan bulan penuh rahmat. Maka Genaplah 34 hari aku meninggalkan tanah airku. Kerjaku, tempat tinggal dan makan minumku hanya di atas vassel yg tak berapa besar. Kerja kami seperti biasa iaitu grouting struktur pelantar (member, clamp dan jacket leg) yang terletak di laut Iran.


Aku tersangat rindu dengan ibubapaku, familyku dan shbt2. Aku ingin balik cepat bersahur dan berbuka puasa bersama-sama. 3 hari lagi projek dijangja akan siap. Hatiku begitu gembira tak sabar balik ke sabah. 1 hari macam setahun rasanya menghitung hari.


Kerja offshore ni banyak cabaran dan pengajarannya:
Pertama; Cuaca maksimum di sini boleh mencecah 50 darjah celcius. Mesti banyak minum air. Jika terlalu terdedah dengan matahari banyak kehilangan air dlm badan. 2 orang suda hampir pengsan di sini. Nasib baik aku dr keturunan tahan lasak hehe.


Kedua; berjauhan dengan org tersayang. Begitu tersiksa sekali bila tak mendengar suara dan gelak tawa orang yg kita sayang. Cuma bercakap melalui telefon sahaja itupun susah mahu dapatkan signal.
Ketiga; makanan yg pelik2 sering dihidangkan kpd kami. Apa boleh buat cuma itu sahaja makanan yg ada, hantam sajalah. Tp kadang2 makan megi yg di bawa dr sabah juga. Megi tu 3 kali ganda sedapnya berbanding makanan yg pelik2 itu. Almaklumlah kebanyakan crew kapal orang iran so kami kena ikut cara mereka.
Keempat; masalah yg tiba2 muncul time operation. Bila sahaja masalah seperti host block huhhhh paling mantap la waktu tu sambil berlari2 dan tarik host yg besarnya seperti anaconda. Bagai putus urat dibuatnya. Sebelum ni sudah lebih lima kali host block. ok, sampai di sini sahaja yg dapat aku kongsikan, Sekian.

From Foroozan, Iran 1 ogos 2011

Sunday, August 14, 2011

JALAN MENUJU KE SANA



Saatnya ku melangakah, tak tahu bila terhenti.
Pandangan aku hanya ke depan, tidak pusing walau sekali,

Merantau aku ke samudera luas,
mencari sesuatu yang digelar pengalaman.
Berbekalkan setitik cinta, semangat dan azam,
penguat diriku dikala kepenatan.

Senyumku semakin pudar, berjauhan dengan orang yang tersayang.
Ketawaku kian muram, berjauhan dengan sahabat dan teman.
Namun wajah mereka di dalam ingatan tidak pernah luntur,
bagai mutiara yang terlalu cantik,

Matlamat telah aku tetapkan, semangat telah aku marakkan,
sikap telah aku positifkan, kini doa dan tawakkal jalan terakhirku untuk menuju jauh ke dapan.

Di hadapan ku terlalu banyak jurang yang dalam,
sehingga hampir aku terjatuh. Selalu aku berhati-hati dalam percakapan dan juga tindakan, agar aku tidak terjerat oleh jerat duniawi yang dipasang oleh tangan-tangan manusia.

Aku berhenti seketika dan melihat jauh di hadapanku.
Tidak aku ternampak apa-apa kecuali cahaya yang terlalu terang,
yang mustahil untuk orang biasa memilikinya.

Kini aku merasakan semakin dekat akan dapat memiliki cahaya itu,
walaupun pada ketika ini aku sendiri belum tahu jalan-jalan untuk menuju ke sana.



From Foroozan Iran 15.7.2011

Sunday, April 10, 2011

HARI KE 12 YANG ENJOY


Diam-diam rupa-rupanya suda 12 hari aku di offshore. Banyak pengalaman yang telah aku pelajari di sini. Hari pertama sampai di Platform F23 terus kena briefing pasal safety. Setiap hari bangun awal sebab setiap pagi wajib pergi tool box meeting jam 6. Sarapan pagi jam 5.30 am. Wah malas juga bangun awal ni tp apa boleh buat.

lepas Tool box meeting untuk semua crew platform, jam 7 am ada tool box meeting untuk team kami pula. Lepas tu baru keja start jam 6am hingga 6pm. Best juga keja di platform ni sebab enjoy dan banyak rehat. Jam 9 am rehat makan ringan, jam 12pm lunch, jam 3pm tea break dan jam 6pm pula dinner. Hari tu ada BBQ lagi sini.

Lepas keja kadang-kadang pergi Gim untuk tegapkan badan, hehe. Selain tu layan jamming dengan budak-budak sini. Kadang-kadang juga layan keyboard sorang-sorang layan blues la konon sambil belajar main tu keyboard.

Huhh penat tu memang la penat, tapi nawaitu yang menjadikan keja ni senang dan enjoy.Sekian untuk kali ini.

Tuesday, March 29, 2011

TIBA MASANYA MENINGGALKAN TANAH TERCINTA


Gemuruh................ itulah yang aku rasakan ketika ini, kerana esok aku akan ke pelantar F23DP-A yang terletak di perairan Miri. Duk dak duk dak jantung aku,, seringkali aku berbisik pada diri aku sendiri "tenang kau, kau boleh lakukan".

Boleh tahan juga transportation ke F23DP-A ni, siap naik coper lagi. Tak la juga mabuk laut nanti. Pengalaman pertama ni naik Coper. Macam manalah rasanya nanti. Mudah-mudahan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Aku betul-betul mengharap tuhan akan permudahkan segala urusan aku semasa projek ni. Selama lebih kurang 45 hari aku tak pijak tanah bagaimanalah emosi nanti. Mesti rasa tak tentu ni. Harap-harap semuanya akan baik-baik sahaja.

Kepada sesiapa yang terbaca entri ni tolong doakan untuk aku ya. Sedih juga ni. huhuhu


Friday, March 18, 2011

KRONI DI MANA-MANA


Sekadar gambar hiasan


Sepanjang liku-liku hidup yang penuh mencabar dalam beberapa minggu ni, tertarik aku untuk menulis satu isu yang bagi aku serius iaitu tentang KRONI. Kroni boleh berlaku pada bila-bila masa, kawasan dan keadaan. Kroni ialah sesuatu sikap yang lebih kepada kenalan (Kawan, Sahabat dan saudara), juga boleh dikatakan sesuatu sikap pilih kasih yang menyebelahi kenalan seseorang.

Rasa bengang jugakan bila ianya berlaku pada diri kita. si Polan dapat sesuatu yang kita sepatutnya dapat. Ini boleh menyebabkan kemarahan tahap dewa ni. Tak adil bukan? Seseorang telah mengambil hak kita lebih-lebih lagi bila kita telah berusaha dan layak menerimanya.

Kroni juga boleh berlaku dalam mendapatkan pekerjaan, dalam mendapatkan tender atau projek, dalam pengagihan tugas kerja dan banyak lagilah. Kenalan adalah nombor satu dalam senarai. Lebih-lebih lagi kenalan tersebut ialah kawan rapat semenjak dari kecil lagi. Maka orang yang benar-benar layak hanya dijadikan batu tunggul yang tak boleh berbuat apa-apa kecuali meluahkan perasaan pada kenalan rapat masing-masing.

Namun kita sendiri perlu tabah dengan dugaan jika kita tergolong dalam orang-orang yang teraninaya seperti ni. Jangan cepat putus asa. Aku tak nafikan akupun pernah merasa teraninaya sepanjang hidup aku ni. Semua orang pasti pernah merasa teraninaya walaupun sedikit.

Kawan aku pernah berkata berkenaan cara dia menangani masalah-masalah dalam kerjayanya iaitu; dalam career atau kerjaya, dia telah tetapkan tempoh dua tahun sahaja bekerja dalam satu-satu company, kalau dalam tempoh tersebut tak ada perubahan atau improvement seperti tak ada kenaikan gaji, pangkat dan skill serta ada unsur-unsur kroni, dia akan berpindah ke company lain. Sehingga kini dia telah berpindah kerja sebanyak lebih kurang lima company dan akhirnya dia telah dapat apa yang dimahukannya dalam pekerjaan. kini dia mampu bekerja dalam keadaan yang aman dan harmoni. Gajipun boleh tahan juga. Satu-satu masa income tax boleh mencecah RM 1000 lebih.

Pada aku, cara terbaik ialah kita tingkatkan usaha kita 200%, sentiasa berfikiran positive, jangan mudah putus asa, fikir apa yang kita telah buat tak sia-sia kerana kita telah mendapat ilmu dan pengalaman daripadanya, dan sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan. Namun jika jalan terakhir terpaksa dibuat atas alasan yang munasabah, maka buatlah apa yang kawan aku telah lakukan di atas ni dan terus perbaiki diri dari semasa ke semasa tanpa putus asa. Bak kata pepatah bekerjalah kita bagai kita hidup seribu tahun, beramallah kita bagaikan kita mati esok hari. sekian.

Monday, March 14, 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU


Baru2 ini kerajaan telah mengumumkan Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan kepada golongan muda untuk memiliki rumah idaman masing2. Kemudahannya ialah pinjaman atau loan dari bank 100% tanpa deposit 10%. Syarat2nya pula ialah gaji mestilah tak melebihi rm 3000, harga rumah tak lebih dari rm 220 000, jumlah bayaran bulanan ialah 1/3 daripada gaji ,telah bekerja lebih 6 bulan di company yang sama dan mesti pekerja dari sektor swasta sahaja.

Sebenarnya lama suda aku idamkan membeli rumah sendiri ni, tapi oleh kerana duit untuk deposit tak cukup, maka tertundalah, maklumlah aku baru ja keja dalam setahun lebih gitu. Sebenarnya aku suda buat research pasal rumah sebelum ni. So ada jugalah sedikit ilmu pasal strategi membeli rumah ni.

Jika diikutkan hati, dah lama aku loan macam2 benda seperti TV plasma, kereta baru, ASB loan dan personal loan, tapi aku terpaksa menahan hati dan nafsu untuk mencapai matlamatku memiliki rumah. Mesti kamu tertanyakan, apa kaitan ni semua dengan beli rumah?

Aku nak tanya sesuatu pada kamu semua, mana yang bagus kita miliki dahulu, Kereta atau Rumah? Jika jawapan anda kereta, kamu seorang yang pandai, tetapi jika jawapan kamu rumah, kamu seorang yang bijaksana.

Sebenarnya rumah itu lebih penting berbanding yang lain. Harga rumah semakin hari semakin meningkat sedangkan harga kereta semakin hari semakin turun. Rumah adalah pelaburan yang paling menguntungkan. Nilai rumah boleh naik 10 hingga 20 peratus dalam setahun tengok kawasan dan strategi rumah. Bukanlah maksud aku kita tak perlu beli kereta dan benda2 lain, tapi rumah seharusnya didahulukan berbanding yang lain.

Jika kita beli kereta, ia dikira commitment. jadi kelayakan kita untuk membeli rumah sudah turun. Sebagai contoh jika gaji kita Rm 2000, kita telah membeli kereta dahulu dengan bayaran bulanan Rm 500, Maka kelayakan kita untuk membeli rumah ialah:

(Ini pengiraan pengikut syarat2 skim rumah pertamaku)

Gaji kali 1/3 pastu tolak commitment.

RM 2000 kali 1/3 = rm666. Rm 666 tolak rm 500 (commitment)=Rm 166. Jadi jumlah kelayakan anda untuk bayaran bulanan ialah Rm 166. Tak boleh lebih dari ni tau kecuali ada site-income lain seperti bisnes dan sebagainya.

Cuba kita bayangkan rumah manakah yang boleh dibeli untuk bayaran bulanan seperti ini. Sekarang harga rumah gila2 harganya.huhhh. Sebab itulah ramai orang yang menyesal kerana telah membeli kereta dahulu sebelum rumah. Apabila mereka mahu loan rumah tak dpt sebab kelayakan mereka tak sampai utk harga rumah tersebut.

Perlu diingat untuk membeli rumah ia agak rumit sekali kerana:

1. Cuma utk pembeli yang layak sahaja mengikut gaji setelah ditolak commitment.
2. Susah mahu dptkan loan jika kelayakan cukup2 makan sahaja terutamanya swasta.
3. Jika sebelum ni, perlu deposit 10%.
4. Perlu bayaran booking (Tgk keadaan)

Untuk membeli kereta dan loan2 lain ia amat mudah sekali. Kadang2 tanpa depositpun sebuah motor boleh dibeli. begitu juga kereta, kadang2 deposit RM 500 ja dah dapat. Jika kita telah membeli rumah dahulu berbanding yang lain, kita mudah untuk mendapatkan benda2 lain seperti kereta. Kereta cuma perlu penjamin jika kelayakan kita tak cukup. Tauke2 kereta sebenarnya hanya ingin mendapatkan jualan yang tinggi sahaja. Untuk mendapatkan kereta syarat2nya tak berapa ketat berbanding rumah kecuali org tu blacklistlah.

Perlu diingatkan juga apabila loan kita 100%, kita sebenarnya terpaksa membayar kadar bunga yang lebih berbanding loan 90%. Sebelum membuat keputusan fikir-fikirkanlah cara terbaik untuk dapatkan rumah. Jika kita memang sedia ada duit untuk deposit, bagus buat deposit dahulu. tetapi jika tak ada duit deposit ambillah loan 100% kerana jika ditangguh-tangguh lagi, harga rumah semakin hari semakin melambung.

Sekadar pandangan dan idea.......................






Wednesday, March 9, 2011

SESUATU YANG IKHLAS DARIKU


Hidup ni penuh cabaran dan dugaan, seperti roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Seperti air laut, kadang2 pasang, kadang2 surut. Seperti angin, kadang2 bertiup, kadang2 tak bertiup langsung. Seperti cuaca, kadang2 terang, kadang2 redup dan kadang2 hujan.

Cita2 mendorong aku supaya bekerja lebih kuat dan lebih disiplin. Semakin hari banyak ilmu yang datang. Untuk mencari rezeki yang halal, soal masa dan tenaga tak dihirau langsung. semua ini kerana naluri untuk terus hidup insan yang bernama manusia.

Masa berlalu tak terkejar. semakin hari usia makin meningkat. namun apa yang telah aku dapat, hanyalah pengalaman yang sekecil zarah, yang menjadi senjata untuk berjuang.

Berbisik dihati, sampai bilakah hidupku bergini? Hidup ibarat berpaut didahan yang goyah. Apakah semangat ini akan dibawa arus deras, yang lalu disekelilingku dengan pantas dan kejam. Hanya mampu berdoa, dipermudahkan segala urusan.

Ada yang kosong dalam diri ini. Sebentuk permata dan emas tak dapat dibandingi. sentiasa mencari ke sana ke mari. telah ku genggam namun terlepas akhirnya. Namun kuharap kekosongan ini diisi dengan jiwa dan iman yang ikhlas. Agar dapat bersama-sama berjumpa dengan-Nya.

Tamparan yang hebat telah aku rasai, dari tangan sang dugaan. Ia telah mengajarku untuk lebih berani dan bersedia. Telahku pelajari erti kehidupan, agar jangan sesekali mudah mengalah. mengalah bukannya kalah. Kehormatan itu adalah yang utama. bila kehormatan itu tak ada lagi. Sang kucing juga terpaksa mencakar kaki tuannya yang sedang memijak ekornya.

Hidupku ini kerana-Nya. mencari pedoman bukannya kebanggaan. mencari panduan bukannya kebongkakan. mencari ikhlas bukannya malas. Mencari iman bukannya permainan. Namun aku sering kali terlupa pada-Nya, saat ku gembira, saat ku ketawa dan saat ku berjaya. Aku harus tunduk sujud penyesalan. Mencari apa yang aku rindui selama ini. Mencari kejayaan dalam iman.


Sunday, March 6, 2011

PENGALAMAN SEMINGGU DI LABUAN

Hampir seminggu aku berada di Labuan minggu yang lalu membuka lembaran baru pengalaman kerjayaku. Apa taknya bila aku terpaksa membuat presentation mengenai task yang akan aku buat bila aku merantau ke laut Miri nanti di hadapan team worker dan dua orang Shell seorang dari Scotland dan seorang lagi orang India. dalam projek ni kira akulah antara orang penting konon sebab task aku ni adalah paling kritikal.

Tak dapat dinafikan rasa gemuruh di dalam diri. Aku present hari ke lima. Sebelum tu asyik memikirkan pasal presentation sehingga time makan dan mandipun terfikir juga. Huh.

Namun aku harus menghilangkan rasa gemuruh itu. Kebetulan member aku pandai mengurut, apa lagi teruslah aku gunakan kesempatan ini untuk kurangkan stress dan gemuruh. setiap malam aku study hurt untuk presentation yang terbaik. Bahasa inggeris akupun bukanlah baik sangat, tapi boleh2 la.

sehari sebelum present, aku study sampai jam 3 setengah pagi. Entah mengapa macam tak cukup lagi apa yang aku study sebelum ni. Nasib baiklah ada juga member yang bagi tunjuk ajar pasal presentation. rasa ringan la juga sikit. Aku berdoa pada tuhan agar dipermudahkan presentationku ini.

Hari presentation aku jam 10 pagi, aku bangun awal, mandi dan pakai baju. Kemudian aku melangkah dengan tenang menuju ke tempat presentation aku yang tak berapa jauh dari Hotel. aku melangkah bagaikan tak pijak lantai menggambarkan aku adalah orang yang paling steady sekali.

Tiba masa presentation aku, semua orang fokus ke arah aku. Aku tenangkan fikiranku bagaikan aku tengah present dengan budak2 kecil yang pintar untuk menghilangkan gemuruhku. Introduction yang baik telah aku berikan, kemudian isi2 yang ringkas dan padat telah aku rungkaikan. Yang penting bagi aku, semua orang faham jalan cerita presentation aku tak kira terdapat sedikit penggunaan bahasa yang simple2 (kalau bahasa melayu orang panggil bahasa2 kampung). Lepas present, aku tunjukkan pula cara praktikalnya pada Platform mini.

Terasa lega selepas selesai prentationku. Semua cabaran telah aku rintangi. Aku merasa bagaikan akulah orang yang paling heppy di dunia. Presentation seterusnya disambung oleh rakan yang lain sehingga jam 7 malam. Perancangan awal, presentation hanya sehari sahaja, tetapi oleh kerana banyak persoalah dan isu yang timbul maka dilanjutkan hingga keesokkan harinya.

Malam selepas prentationku, merayaulah aku dengan member2 bermain pool antara sukan kegemaranku. Walaupun kekalahan teruk, namun skill2 hebat telah aku pamerkan. Keesokkan harinya tibalah hari terakhir di Labuan. Aku sempat membeli coklat untuk diberikan pada orang rumah almaklumlah coklat di Labuankan murah2. Kami menaiki speed boat ke Menumbok kemudian sewa kereta ke KK. Kakak dan abang ipar aku terpaksalah ambil aku di KK balik ke rumah. Alhamdulillah sampai juga akhirnya ke destinasi.

Pengajaran yany telah aku pelajari ialah “Jika tak ada yang PERTAMA, yang KEDUA jangan harap akan ada.” Jadi jika yang PERTAMA itu terpaksa kita lakukan, lakukanlah ia dengan sebaik yang mungkin agar yang KEDUA nanti akan bertambah lebih Berjaya. Bagi aku Doa kepada Allah itulah yang paling utama untuk mendapat ketenangan dalam diri.

Tuesday, February 22, 2011

ALAT PENGUKUR KEKAYAAN

Kekayaan itu merupakan suatu yang diidamkan oleh setiap makhluk yang bernama manusia. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, "kayakah aku?".

Pada aku walau apa keadaan sekalipun diri kita, apa bila hati kita berbisik bahawa kita suda mengecapi kekayaan, itulah difinisi "kaya" yang paling tepat sekali. kita memang layak bergelar kaya oleh diri kita sendiri.

(Sekadar gambar hiasan)

Apa beza orang yang bergaji rm 500 dengan orang yang bergaji rm 15 000 sebulan? Bolehkah kita andaikan orang yang bergaji rm 15 000 itu suda mengecapi ketenangan dan kebahagiaan? Adakah orang yang bergaji rm 500 sengsara hidupnya?

Seperti yang telah aku katakan, persoalan2 di atas berkemungkinan betul berkemungkinan pula tidak, tetapi jawapan tersebut adalah hasil dari bisikan hati kecil kita masing2.

(Sekadar gambar hiasan)

Semakin besar gaji maka semakin banyak tanggungan. Apa bila gaji besar, taraf hiduppun meningkat, kemahuan biasanya melebihi keperluan. Untuk sesetengah orang yang bergaji tinggi, sistem perbelanjaan boleh jadi tak terkawal untuk orang2 yang tak tahu mengurus kewangan mereka dengan betul. mereka yang pandai mengurus kewangan walaupun bergaji rendah, hidup mereka akan lebih teratur. Apa bila keperluan itu lebih diutamaka dari kemahuan, hidup akan lebih stabil dan tahap pengeluaran wang dapat dikawal dengan baik.

Di sini aku ingin menekankan bahawa kekayaan itu tak ada definisi yang tepat sekali untuk digambarkan dan diukur. Ia bergantung pada definisi dari hati kita masing2. Aku bukanlah mengagung-agungkan kekayaan cuma aku mahu menyuntik semangat orang2 yang bergaji rendah agar tak mudah putus asa. Kerana mereka selalu menganggap orang yang bergaji tinggi itu semuanya senang2 belaka walaupun pada zahirnya mereka banyak menanggung hutang. Kereta dan rumah yang besar bererti hutangpun bertambah banyak, apa lagi orang itu berjaya menambah satu lagi isteri.

(Sekadar gambar hiasan)

Bagi aku Kunci utama ialah pengurusan kewangan peribadi yang betul. Utamakan yang utama. Cara yang simple dalam pengurusan kewangan ialah merekod semua keluar masuk wang. kadang2 bila dah tengah bulan, wang kita tanpa disedari telah habis, walhal kita tak tahu wang kita itu ke mana perginya. Maka ia akan menurunkan mood dan semangat kita. Ada yang menyelesaikan masalah ni dengan meminjam dari Along, his3. Tetapi bila kita rekodkan segala perbelanjaan, kita akan lebih berjimat-jimat dalam perbelanjaan kerana apa bila kita tahu wang kita tinggal sikit, secara automatik kita akan lebih berhati-hati dalam berbelanja. ini merupakah suatu perkara yang remeh temehkan tetapi amat berkesan.

Oleh itu, jika pengurusan kewangan dapat diurus dengan betul tanyalah sekali lagi pada diri kita (kayakah aku?) tak kira kita bergaji tinggi atau rendah. InsyaAllah next time aku akan menulis entry pasal kelebihan satu software IPOT atau I-PHONE yang dapat membantu aku dalam mengurus kewangan peribadi. Sekian.

Monday, February 21, 2011

DUA JEMAAH YANG ANEH!!!!!

Setibanya aku di masjid Bukit Kota Kinabalu, jumaat lalu terpaku aku seketika melihat gelagat segelintir jemaah yang pada aku kurang peka dengan ilmu agama.

Kes pertama;

Dengan rambut yang berwarna ditambah lagi dengan raut wajah yang selamba meningkatkan lagi keyakinan diri apa bila dikelilingi jemaah Jumaat yang sedang menanti laungan azan kedua sebelum khutbah disampaikan.

(Sekadar Gambar Hiasan)

Kita sedia tahu mewarna rambut itu adalah haram di sisi agama Islam. Tetapi mengapa terdapat segelintir muda mudi Islam tanpa segan silu sengaja mewarnakan rambut mereka supaya kelihatan lebih cantik dan bergaya?

Sebenarnya air yang sampai ke rambutnya apabila berwuduk tak akan sampai langsung ke lapisan luar rambut sebenar yang diselaputi pewarna itu.

Cuba bayangkan, sekali kita mewarnakan rambut, berapa bulan atau tahunkah warna tersebut akan melekat di rambut? Selama kita mewarnakan rambut, mahukah kita orang sekeliling mengandaikan kita tak pernah sembahyang selama mana pewarna tersebut melekat di rambut kita? sudah pasti tidak bukan?


Kes kedua;

(Sekadar Gambar Hiasan)

Setelah selesai berwuduk, terfokus aku dengan satu ruang kosong yang seperti memanggil aku untuk duduk di sana. sedang syok mendengar khutbah, tiba2 tertarik aku untuk memandang seseorang yang begitu tenang mendengar khutbah dan begitu kusyuk sekali. Tetapi Sayang sekali dalam ketenangannya itu terfokus aku pada kulit putihnya yang terlihat hasil dari keunikan seluar jeansnya yang koyak di bahagian pahanya. terkejut seketika kerana kes kedua ni amat jarang berlaku. Mahu aku tegur tapi jauh dari tempat duduk aku.


Perlu diketahui bahawa aurat seseorang lelaki itu ialah dari paras lutut hingga ke paras pusat. Ini merupakan satu perkara asas dalam Islam. Tapi hairankan mengapa kes ni boleh berlaku.

Pelbagai persoalan yang timbul tentang siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ni.

Pada aku siapa yang harus dipersalahkan itu tak penting, tapi bagaimana cara penyelesaiannya adalah perkara lebih penting sekali.

Didikan agama yang betul semenjak kecil memang suatu perkara asas yang perlu dilakukan oleh ibubapa. Tapi yang terpenting bagi aku ialah sikap atau attittude dalam diri sendiri adalah teras utama untuk menjadi insan yang lebih beriman dan berjaya.

Cuba bayangkan mengapa kebanyakan mualaf itu dapat mempelajari tentang asas ilmu islam dalam masa yang singkat sedangkan didikan agama semenjak kecil tak pernah berlaku pada diri mereka? ini disebabkan attittude ingin belajar mereka yang sentiasa pada tahap tinggi membolehkan mereka mempelajari ilmu islam itu dengan lebih disiplin dan ikslas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...