Thursday, January 5, 2017

ILMU ITU KURANG PENTING???

Albert Einstein pernah berkata "Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." Kata2 beliau amat mempengaruhi saya dalam hidup yang begitu mencabar ni. Bayangkan kalau kita melakukan sesuatu tanpa imaginasi terlebih dahulu, ia bagaikan orang buta yang sedang memandu kereta.

(Sekadar gambar hiasan)
Terfikir saya sejenak tentang ilmu yang banyak, ke mana perginya tanpa imaginasi? Orang yang banyak menggunakan imaginasinya akan lebih kretif dan berjaya. Kawan saya pernah berkata melalui hasil pembacaannya mengenai satu kajian iaitu, terdapat satu persamaan di antara orang-orang yang berjaya atau billionair. Satu persamaan itu ialah sebelum mereka berjaya dahulu, mereka benar2 yakin dan sering berimaginasi (seolah-olah mereka telahpun capai) bahawa mereka akan mengecapi kejayaan suatu masa nanti tetapi pada masa yang sama mereka tak tahu langsung bagaimana cara2 dan jalan untuk mengecapi kejayaan tersebut sehingga akhirnya mereka dikenali sebagai seorang yang sangat berpengaruh.

(Sekadar gambar hiasan)

Masi ingatkah zaman kita kecil2 dahulu? Mesti bestkan dapat main bermacam2 mainan seperti Lego, superman, spiderman, dan mcm2 lagi. Bila saya fikirkan, memang wajib memberikan kanak2 mainan kerana ia dapat membuatkan mereka belajar cara2 berimajinasi. Mesti kamu semua pernah berimajinasi yang pelik2 masa kecilkan? Ala biasala tu, sayapun pernah berimaginasi jadi superman dan ultraman sampai saya selalu aplikasikan penumbuk ultraman dekat kakak saya, tu pasal la lebam2 badan kakak saya, tu masa kecil2 la.



Apabila cara berimaginasi itu didedahkan atau dibiasakan sejak dari kecil lagi ia akan berubah bertambah lebih matang apabila umur meningkat. Imaginasi yang berbekalkan ilmu akan mejadikan diri kita lebih bertambah maju. jika ilmu kurang, jangan takut untuk berimajinasi kerana imaginasi itu lebih penting daripada ilmu. Kalau tak mengapa orang2 yang berjaya ada di kalangan mereka terdiri daripada mereka yang tak ada ijazah seperti Mark Zuckerberk dan Bill Gates?
(Sekadar gambar hiasan)

Cuma yang penting di sini ialah bagaimana cara seseorang itu menetapkan imaginasinya dengan cara yang betul dan hebat serta kena dengan dirinya. Jangan pernah takut berimaginasi ,percayalah sepenuhnya pada naluri kita apabila ia berbisik yang kita akan berjaya suatu hari nanti walaupun kita langsung belum tahu cara2 dan jalan untuk kita ke sana. Seperti anak burung yang baru pertama kali ingin terbang, ia langsung tak diajar cara2 untuk terbang oleh ibunya, ia cuma bergantung pada naluri ingin terbangnya. maka ia begitu yakin sehingga ia berjaya terbang dengan tenang di udara. Selamat berimaginasi.

Sunday, January 1, 2017

SELAMAT DATANG KE ERA EKONOMI BARU 2017


1.  Sedar tidak sedar kita sedang melangkah ke dunia ekonomi baru yang semakin kejam untuk mereka yang tiada ilmu kewangan yang betul.
2. Ramai orang berlumba-lumba menetapkan azam yang mungkin tidak pernah dicapai melebihi 10%.
3.    Mereka menetapkan azam oleh kerana orang lain membuat perkara yang sama, yang menyebabkan fokus mereka lebih ke arah ingin memberi tahu kepada semua yang mereka telah memiliki azam.
4.    Ramai orang memiliki azam yang baik tetapi tidak memiliki tindakan yang baik dan ada yang memiliki tindakan yang baik tetapi tidak memiliki azam yang baik.
 (Gambar hiasan)
5.   Tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar terutamanya dari sudut ekonomi. Kita sudah melihat kenaikan mendadak harga barangan yang kita sendiri tidak pernah jangkakan iaitu barangan runcit dan keperluan seharian seperti minyak makan, gula, ikan dan banyak lagi. Yang terbaru harga tayar akan meningkat tidak lama lagi. GST juga telah memberi impak yang ketara kepada rakyat walaupun kerajaan berulang-ulang kali mengatakan GST akan menurunkan harga barangan namun perkara sebaliknya telah berlaku.
6.  Semasa kecil, saya sering mengikuti ibu saya berbelanja di supermarket. Dengan perbelanjaan sebanyak RM50 ia telah menyukarkan saya untuk menolak trolley tempat di mana barang-barang belian diletakkan. Sekarang ketika saya sudah dewasa, saya dapati dengan perbelanjaan sebanyak RM50 kita tidak perlu lagi menggunakan trolley. Cukup hanya menggunakan beg plastik kerana bebannya tidak seberat zaman saya kanak2 dulu. Ini bermakna kerajaan kita sangat perihatin kerana telah berjaya meringankan beban barang-barang perbelanjaan kita pada masa kini berbanding zaman dahulu.
7.   Selepas saya dan rakan-rakan bermain futsal, kami singgah sebentar di restoran mamak untuk menghilangkan rasa dahaga. Saya menyedari harga secawan teh tarik telah dinaikkan sebanyak 20 sen selepas harga  satu kilo gula naik sebanyak 20 sen. Hal ini dapat dilihat ibarat mamak itu telah memasukkan 1 kilo gula ke dalam secawan teh tarik tersebut sebab kenaikkan harga secawan teh tarik sama jumlahnya dengan kenaikkan harga 1 kilo gula iaitu 20 sen.  Bukankah ini sangat kejam untuk mereka yang kurang berkemampuan? Namun ini hanyalah satu contoh yang kecil untuk memudahkan kita untuk memahami situasi ekonomi yang lebih besar lagi.
8.  Namun, adakah kita hanya sekadar menyalahkan kerajaan semata-mata tanpa membuat apa-apa tindakan untuk melindungi diri kita dari menjadi mangsa ekonomi baru yang kejam kepada mereka yang tiada ilmu kewangan pada tahun 2017?
 (Gambar hiasan)
9. Soalan: Bagaimana ingin melindungi diri kita dalam era ekonomi yang sangat kejam ini? Jawapan saya ialah dengan MEMILIKI ILMU KEWANGAN yang betul.
10.Sejak kecil kita sering diajar untuk sentiasa menyimpan wang, dengan harapan wang itu akan digunakan ketika susah dan ketika kita benar-benar memerlukan. Kita jarang sekali disuruh untuk melaburkan wang supaya wang itu akan berganda melalui perniagaan, saham dan sebagainya.
11.Kita sering disuruh untuk pergi ke sekolah, belajar rajin-rajin, dapat gred terbaik, dapatkan pekerjaan yang baik dan dapatkan gaji yang tinggi. Sedar atau tidak, sistem pendidikan kita sebenarnya mengajar kita untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi, bukan mengajar kita untuk mencipta pekerjaan yang bergaji tinggi untuk orang lain.
12.Disekolah, Kita tidak didedahkan dengan ilmu kewangan yang membolehkan kita mencipta peluang pekerjaan dan membolehkan kita terselamat dari kesan ekonomi yang kejam. Kita dapat lihat tidak kira sama ada syarikat besar atau kecil ramai orang kehilangan sumber pendapatan sekelip mata akibat diberhentikan kerja oleh sebab harga minyak dunia yang telah jatuh dengan teruk sekali. Pada ketika ini ramai kita lihat mereka yang mencari jaminan pekerjaan selama ini berasa tertipu kerana sebenarnya tiada syarikat yang boleh menjamin pekerjaan 100% walaupun syarikat itu kaya seperti Petronas dan schlumberger.
13.Soalan: Kenapa kita perlu memiliki ILMU KEWANGAN yang betul? Jawapan saya ialah supaya kita boleh mencapai kebebasan kewangan.
14.Ramai orang sangat menginginkan jaminan pekerjaan dengan mengidamkan jawatan tetap dari kerajaan atau syarikat-syarikat swasta. Mereka mengidamkan gaji tetap setap bulan. Jumlah gaji mereka ditetapkan oleh majikan yang menyebabkan mereka TIADA KAWALAN ke atas gaji yang mereka dapat setiap bulan. Dalam masa yang sama kita dapati kadar kenaikan barang-barang keperluan yang tidak terkawal telah menyebabkan ramai orang terpaksa berbelanja melebihi apa yang mereka hasilkan.
15.Sangat kurang orang yang menginginkan kebabasan kewangan. Iaitu mereka yang menggunakan wang mereka untuk membuat pelaburan yang menyebabkan wang masuk ke poket mereka apabila keadaan ekonomi baik ataupun teruk. Mereka inilah yang dapat membezakan antara aset dan liabiliti.
16.Maksud aset ialah wang  yang masuk ke poket kita dan liabiliti pula ialah wang yang keluar dari poket kita.  Rumah yang kita sewakan ialah asset bagi kita kerana wang akan masuk ke poket kita dan begitu juga dengan perniagaan dan saham yang kita miliki. Rumah yang kita beli dan kita duduki ialah liabiliti bagi kita kerana duit akan keluar dari poket kita melalui pembayaran pinjaman bulanan kepada bank dan begitu juga dengan kad kredit dan kereta yang kita guna.
17.Pelaburan pertama ialah pelaburan dalam ilmu kewangan. Pelaburan seterusnya ialah pelaburan dalam aset yang menyebabkan duit masuk ke poket kita. Melalui ilmu kewangan, , kita akan sentiasa dapat mengawal aliran tunai mengikut apa yang kita kehendaki. Sekiranya kita ingin membeli sesuatu barang mewah, perkara pertama yang difikirkan ialah apa pelaburan baru yang saya perlu buat untuk menampung perbelanjaan untuk mendapatkan barang mewah itu?
18.Cara terbaik untuk menghapuskan risiko ialah dengan mengawal. Kita tidak boleh jamin rumah kita tidak akan dimasuki pencuri. Oleh itu kita perlu mengawalnya dengan meletakkan CCTV, memasang pagar besi, meletakkan kaca di atas pagar, mengupah pengawal keselamatan dan sebagainya. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan risiko kecurian di rumah kita. Begitu juga dalam aspek kewangan, kita tidak dapat jamin 100% perniagaan kita akan selamat selama-lamanya. Cara kawalan yang boleh dibuat ialah dengan membeli insuran. Cara kawalan yang seterusnya ialah dengan banyak melabur dalam ilmu kewangan dan perniagaan, mencari rakan niaga yang terbaik dan sebagainya. Melalui ini kita dapat kurangkan risiko kewangan dalam perniagaan kita dan mampu mencapai kebebasan kewangan.
 (Gambar hiasan)

19.Soalan: Bagaimana menetapkan azam? Jawapan saya ialah dengan membahagikan matlamat kepada 3 bahagian. Iaitu matlamat jangka masa pendek, matlamat jangka masa sederhana dan matlamat jangka masa panjang. 
20.Seperi yang telah saya terangkan pada point ke 2, Kebanyakan orang berlumba-lumba menetapkan azam yang mungkin tidak pernah dicapai melebihi 10%. Hal ini mungkin kerana mereka tidak berdisiplin dan tidak membahagikan matlamat mereka supaya mudah untuk dicapai. Matlamat yang dibahagikan ini akan memudahkan dalam proses perlaksanaan. Sebagai contoh, sekiranya matlamat jangka masa panjang kita ialah memiliki RM 1 juta pada 3 tahun akan datang, maka matlamat jangka masa pendek kita ialah memohon lesen perniagaan pada hari besok. Dan matlamat jangka masa sederhana pada 5 bulan hingga 1 tahun akan datang pula ialah membina 5 restoran dengan kelengkapan dan siap untuk beroperasi. Ini sebagai contoh yang dapat kita lakukan dengan mudah sekiranya kita mempunyai ilmu dan disiplin yang tinggi.
21.Akhir sekali, adakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke era ekonomi yang serba mencabar pada tahun 2017? Sudahkah kita membuat pelaburan yang pertama, iaitu pelaburan dalam ilmu kewangan? Kalau sudah Selamat maju jaya dan selamat tahun baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...