1. Sedar tidak sedar kita sedang melangkah ke dunia
ekonomi baru yang semakin kejam untuk mereka yang tiada ilmu kewangan yang
betul.
2. Ramai orang berlumba-lumba menetapkan azam yang
mungkin tidak pernah dicapai melebihi 10%.
3. Mereka menetapkan azam oleh kerana orang lain
membuat perkara yang sama, yang menyebabkan fokus mereka lebih ke arah ingin
memberi tahu kepada semua yang mereka telah memiliki azam.
4. Ramai
orang memiliki azam yang baik tetapi tidak memiliki tindakan yang baik dan ada
yang memiliki tindakan yang baik tetapi tidak memiliki azam yang baik.
(Gambar hiasan) |
5. Tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar
terutamanya dari sudut ekonomi. Kita sudah melihat kenaikan mendadak harga
barangan yang kita sendiri tidak pernah jangkakan iaitu barangan runcit dan
keperluan seharian seperti minyak makan, gula, ikan dan banyak lagi. Yang
terbaru harga tayar akan meningkat tidak lama lagi. GST juga telah memberi
impak yang ketara kepada rakyat walaupun kerajaan berulang-ulang kali mengatakan
GST akan menurunkan harga barangan namun perkara sebaliknya telah berlaku.
6. Semasa kecil, saya sering mengikuti ibu saya
berbelanja di supermarket. Dengan perbelanjaan sebanyak RM50 ia telah
menyukarkan saya untuk menolak trolley tempat di mana barang-barang belian
diletakkan. Sekarang ketika saya sudah dewasa, saya dapati dengan perbelanjaan
sebanyak RM50 kita tidak perlu lagi menggunakan trolley. Cukup hanya
menggunakan beg plastik kerana bebannya tidak seberat zaman saya kanak2 dulu.
Ini bermakna kerajaan kita sangat perihatin kerana telah berjaya meringankan
beban barang-barang perbelanjaan kita pada masa kini berbanding zaman dahulu.
7. Selepas saya dan rakan-rakan bermain futsal,
kami singgah sebentar di restoran mamak untuk menghilangkan rasa dahaga. Saya
menyedari harga secawan teh tarik telah dinaikkan sebanyak 20 sen selepas
harga satu kilo gula naik sebanyak 20 sen.
Hal ini dapat dilihat ibarat mamak itu telah memasukkan 1 kilo gula ke dalam
secawan teh tarik tersebut sebab kenaikkan harga secawan teh tarik sama
jumlahnya dengan kenaikkan harga 1 kilo gula iaitu 20 sen. Bukankah ini sangat kejam untuk mereka yang
kurang berkemampuan? Namun ini hanyalah satu contoh yang kecil untuk memudahkan
kita untuk memahami situasi ekonomi yang lebih besar lagi.
8. Namun, adakah kita hanya sekadar menyalahkan
kerajaan semata-mata tanpa membuat apa-apa tindakan untuk melindungi diri kita
dari menjadi mangsa ekonomi baru yang kejam kepada mereka yang tiada ilmu
kewangan pada tahun 2017?
(Gambar hiasan) |
9. Soalan: Bagaimana ingin
melindungi diri kita dalam era ekonomi yang sangat kejam ini? Jawapan saya
ialah dengan MEMILIKI ILMU KEWANGAN yang betul.
10.Sejak kecil kita sering diajar untuk sentiasa
menyimpan wang, dengan harapan wang itu akan digunakan ketika susah dan ketika
kita benar-benar memerlukan. Kita jarang sekali disuruh untuk melaburkan wang
supaya wang itu akan berganda melalui perniagaan, saham dan sebagainya.
11.Kita sering disuruh untuk pergi ke sekolah,
belajar rajin-rajin, dapat gred terbaik, dapatkan pekerjaan yang baik dan
dapatkan gaji yang tinggi. Sedar atau tidak, sistem pendidikan kita sebenarnya
mengajar kita untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi, bukan mengajar
kita untuk mencipta pekerjaan yang bergaji tinggi untuk orang lain.
12.Disekolah, Kita tidak didedahkan dengan ilmu
kewangan yang membolehkan kita mencipta peluang pekerjaan dan membolehkan kita
terselamat dari kesan ekonomi yang kejam. Kita dapat lihat tidak kira sama ada
syarikat besar atau kecil ramai orang kehilangan sumber pendapatan sekelip mata
akibat diberhentikan kerja oleh sebab harga minyak dunia yang telah jatuh
dengan teruk sekali. Pada ketika ini ramai kita lihat mereka yang mencari
jaminan pekerjaan selama ini berasa tertipu kerana sebenarnya tiada syarikat
yang boleh menjamin pekerjaan 100% walaupun syarikat itu kaya seperti Petronas
dan schlumberger.
13.Soalan: Kenapa kita
perlu memiliki ILMU KEWANGAN yang betul? Jawapan saya ialah supaya kita boleh
mencapai kebebasan kewangan.
14.Ramai orang sangat menginginkan jaminan
pekerjaan dengan mengidamkan jawatan tetap dari kerajaan atau syarikat-syarikat
swasta. Mereka mengidamkan gaji tetap setap bulan. Jumlah gaji mereka ditetapkan
oleh majikan yang menyebabkan mereka TIADA KAWALAN ke atas gaji yang mereka
dapat setiap bulan. Dalam masa yang sama kita dapati kadar kenaikan
barang-barang keperluan yang tidak terkawal telah menyebabkan ramai orang
terpaksa berbelanja melebihi apa yang mereka hasilkan.
15.Sangat kurang orang yang menginginkan kebabasan
kewangan. Iaitu mereka yang menggunakan wang mereka untuk membuat pelaburan
yang menyebabkan wang masuk ke poket mereka apabila keadaan ekonomi baik ataupun
teruk. Mereka inilah yang dapat membezakan antara aset dan liabiliti.
16.Maksud aset ialah wang yang masuk ke poket kita dan liabiliti pula
ialah wang yang keluar dari poket kita.
Rumah yang kita sewakan ialah asset bagi kita kerana wang akan masuk ke
poket kita dan begitu juga dengan perniagaan dan saham yang kita miliki. Rumah
yang kita beli dan kita duduki ialah liabiliti bagi kita kerana duit akan
keluar dari poket kita melalui pembayaran pinjaman bulanan kepada bank dan
begitu juga dengan kad kredit dan kereta yang kita guna.
17.Pelaburan pertama ialah pelaburan dalam ilmu
kewangan. Pelaburan seterusnya ialah pelaburan dalam aset yang menyebabkan duit
masuk ke poket kita. Melalui ilmu kewangan, , kita akan sentiasa dapat mengawal
aliran tunai mengikut apa yang kita kehendaki. Sekiranya kita ingin membeli
sesuatu barang mewah, perkara pertama yang difikirkan ialah apa pelaburan baru
yang saya perlu buat untuk menampung perbelanjaan untuk mendapatkan barang
mewah itu?
18.Cara terbaik untuk menghapuskan risiko ialah
dengan mengawal. Kita tidak boleh jamin rumah kita tidak akan dimasuki pencuri.
Oleh itu kita perlu mengawalnya dengan meletakkan CCTV, memasang pagar besi,
meletakkan kaca di atas pagar, mengupah pengawal keselamatan dan sebagainya.
Dengan cara ini kita dapat mengurangkan risiko kecurian di rumah kita. Begitu
juga dalam aspek kewangan, kita tidak dapat jamin 100% perniagaan kita akan
selamat selama-lamanya. Cara kawalan yang boleh dibuat ialah dengan membeli
insuran. Cara kawalan yang seterusnya ialah dengan banyak melabur dalam ilmu
kewangan dan perniagaan, mencari rakan niaga yang terbaik dan sebagainya.
Melalui ini kita dapat kurangkan risiko kewangan dalam perniagaan kita dan
mampu mencapai kebebasan kewangan.
(Gambar hiasan) |
19.Soalan: Bagaimana
menetapkan azam? Jawapan saya ialah dengan membahagikan matlamat kepada 3 bahagian.
Iaitu matlamat jangka masa pendek, matlamat jangka masa sederhana dan matlamat
jangka masa panjang.
20.Seperi yang telah saya terangkan pada point ke
2, Kebanyakan orang berlumba-lumba menetapkan azam yang mungkin tidak pernah
dicapai melebihi 10%. Hal ini mungkin kerana mereka tidak berdisiplin dan tidak
membahagikan matlamat mereka supaya mudah untuk dicapai. Matlamat yang
dibahagikan ini akan memudahkan dalam proses perlaksanaan. Sebagai contoh,
sekiranya matlamat jangka masa panjang kita ialah memiliki RM 1 juta pada 3 tahun
akan datang, maka matlamat jangka masa pendek kita ialah memohon lesen perniagaan
pada hari besok. Dan matlamat jangka masa sederhana pada 5 bulan hingga 1 tahun
akan datang pula ialah membina 5 restoran dengan kelengkapan dan siap untuk
beroperasi. Ini sebagai contoh yang dapat kita lakukan dengan mudah sekiranya
kita mempunyai ilmu dan disiplin yang tinggi.
21.Akhir sekali, adakah kita sudah bersedia untuk
melangkah ke era ekonomi yang serba mencabar pada tahun 2017? Sudahkah kita
membuat pelaburan yang pertama, iaitu pelaburan dalam ilmu kewangan? Kalau sudah
Selamat maju jaya dan selamat tahun baru!
No comments:
Post a Comment