Monday, January 24, 2011

APA ITU IPOD TOUCH?




Kali ini aku mahu share sedikit pasal IPOD. Aku sangat kagum dengan kehebatan benda ni. Ia membuatkan rutin harian aku bertambah mudah dan teratur. Mengapa aku kagum dengan benda ni?

Pertama sekali tentang design nya yang mantap gitu, bersize kecil dan tipis sedikit berbanding I-phone membuatkan ia mudah di bawa kemana-mana.

Kedua tentang kepantasan programnya. Ini bermakna apabila kita membuka apa2 software sekalipun ia tak akan tersekat-sekat.

Ketiga tentang grafiknya yang begitu perfect serta skrinnya yang bersize besar. Bila kita bermain game atau menonton video, kita akan mengalami satu pengalaman yang sungguh mengkagumkan, seperti kita menonton Astro beyond gitu.

Yang Keempat semestinya tentang kepelbagaian software2nya yang sangat menarik dan berguna. Sebenarnya aku sangat terkejut dan terpegun apabila pertama kali melihat dan menggunakan software2 Ipod ni. Dengan size skrin yang besar dan grafik yang kualiti, permainan game bertambah menyeronokkan. Software2 yang lain juga selain game sungguh menarik dan mudah untuk digunakan.

Kelima tentang Internet browsernya. Ia menggunakan aplikasi Safari yang mantap gitu. Dapat membuka pelbagai benda seperti youtube dan banyak lagi. Tahap kelajuannya juga sungguh mengkagumkan juga. kita akan lebih berasa puas apabila melayari internet ditambah lagi dengan hanya menggunakan jejari sentuh, ia merupakan pengalaman yang sungguh menarik dan ia akan bertambah lebih mudah.

Apa perbezaan Ipod dan I-Phone? ok mari aku terangkan satu persatu. Sebenarnya kedua-duanya sama sahaja cuma yang bezanya ialah Ipod tak boleh buat calling dan sms. Ipod juga tak ada sistem GPS. Sizenya juga berbeza sedikit iaitu seperti yang telah aku terangkan size Ipod tipis sdikit berbanding I-Phone. Bagi aku itu saja perbezaannya. Dari segi program semuanya hampir sama. Maksud aku hampir semua software I-Phone boleh digunakan oleh Ipod kecuali software2 tertentu misalnya software2 yang melibatkan penggunaan GPS dan kompas

Jika dibandingkan antara dua iaitu Ipod dan I-phone, aku still lebih menggemari Ipod atas alasan2 yang munasabah. Pertama, aku tak akan mengeluarkan wang dengan menggunakan Ipod di mana charge yang boleh dikatakan mahal (bagi aku) akan dikenakan untuk I-Phone bagi plan internet. Melalui maklumat daripada saudara aku yang menggunakan I-Phone, kadar bayaran yang dikenakan untuk penggunaan internet ialah RM 5 sehari untuk mereka yang menggunakan kad prepaid. Kadar bayaran tersebut akan berjalan setiap hari sama ada kita menggunakan internet tersebut atau tidak. Bagi orang yang seperti aku, tahap penggunaan internet taklah tinggi sangat. lagipun kat office internetkan ada, free lagi. Dengan adanya wireless, aku dapat menikmati internet dengan kadar yang percuma. Lagipun kebanyakkan restoran2 sekarang ada menawarkan wireless free. Begitu juga shoping complex seperti center Poin yang ada memberi wireless percuma kepada semua orang yang berada di sana. Berkenaan dengan Calling dan SMS kan memang ada handphone sedia ada yang masi boleh digunakan. Lagipun aku memang ada diberi Topup free setiap bulan oleh company. So its okla.

Berapa agaknya harga Ipod ya??? ok, anggaran harga Ipod ialah sekitar RM 8++ hingga Rm 1+++. Ia bergantung pada kapasiti Gig yang kita mahu. Pilihan size kapasiti Gig ialah 8 gig, 32 gig dan 64 gig. Nasihat aku kepada yang berminat untuk membeli Ipod ialah pilihlah kapasiti yang bersize besar sebab semakin hari tangan kita agak gatal untuk mengdownload software2 yang hebat. Untuk mengetahui info tentang Ipod clik http://www.apple.com/ipodtouch/ (link ini akan membawa anda ke laman web yang lain)

Oklah cukup untuk kali ini sahaja perbincangan mengenai serba sedikit tentang latar belakang Ipod. InsyaAllah untuk post yang seterusnya aku akan membincangkan lagi tentang rahsia disebalik Ipod serta software2 mengkagumkan yang telah aku download. Tungguuuuuuu.

2 comments:

SBC Admin said...

Salam.
Waaaa.... Dah lama nak try Iphone. Sekarang dah macam-macam dah yang keluarkan?

regards:
lunaticg.
via Sabahan Bloggers Club.

laziras said...

Walaikumsalam.
ya, memang dah banyak keluaran Aple. Company2 lain juga berlumba-lumba keluarkan handphone touch mcm gini seperti HTC, Samsung, Nokia dan lain2. Belilah memang puas hati.
klu dah beli share2 la maklumat yea. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...