Thursday, January 5, 2017

ILMU ITU KURANG PENTING???

Albert Einstein pernah berkata "Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." Kata2 beliau amat mempengaruhi saya dalam hidup yang begitu mencabar ni. Bayangkan kalau kita melakukan sesuatu tanpa imaginasi terlebih dahulu, ia bagaikan orang buta yang sedang memandu kereta.

(Sekadar gambar hiasan)
Terfikir saya sejenak tentang ilmu yang banyak, ke mana perginya tanpa imaginasi? Orang yang banyak menggunakan imaginasinya akan lebih kretif dan berjaya. Kawan saya pernah berkata melalui hasil pembacaannya mengenai satu kajian iaitu, terdapat satu persamaan di antara orang-orang yang berjaya atau billionair. Satu persamaan itu ialah sebelum mereka berjaya dahulu, mereka benar2 yakin dan sering berimaginasi (seolah-olah mereka telahpun capai) bahawa mereka akan mengecapi kejayaan suatu masa nanti tetapi pada masa yang sama mereka tak tahu langsung bagaimana cara2 dan jalan untuk mengecapi kejayaan tersebut sehingga akhirnya mereka dikenali sebagai seorang yang sangat berpengaruh.

(Sekadar gambar hiasan)

Masi ingatkah zaman kita kecil2 dahulu? Mesti bestkan dapat main bermacam2 mainan seperti Lego, superman, spiderman, dan mcm2 lagi. Bila saya fikirkan, memang wajib memberikan kanak2 mainan kerana ia dapat membuatkan mereka belajar cara2 berimajinasi. Mesti kamu semua pernah berimajinasi yang pelik2 masa kecilkan? Ala biasala tu, sayapun pernah berimaginasi jadi superman dan ultraman sampai saya selalu aplikasikan penumbuk ultraman dekat kakak saya, tu pasal la lebam2 badan kakak saya, tu masa kecil2 la.



Apabila cara berimaginasi itu didedahkan atau dibiasakan sejak dari kecil lagi ia akan berubah bertambah lebih matang apabila umur meningkat. Imaginasi yang berbekalkan ilmu akan mejadikan diri kita lebih bertambah maju. jika ilmu kurang, jangan takut untuk berimajinasi kerana imaginasi itu lebih penting daripada ilmu. Kalau tak mengapa orang2 yang berjaya ada di kalangan mereka terdiri daripada mereka yang tak ada ijazah seperti Mark Zuckerberk dan Bill Gates?
(Sekadar gambar hiasan)

Cuma yang penting di sini ialah bagaimana cara seseorang itu menetapkan imaginasinya dengan cara yang betul dan hebat serta kena dengan dirinya. Jangan pernah takut berimaginasi ,percayalah sepenuhnya pada naluri kita apabila ia berbisik yang kita akan berjaya suatu hari nanti walaupun kita langsung belum tahu cara2 dan jalan untuk kita ke sana. Seperti anak burung yang baru pertama kali ingin terbang, ia langsung tak diajar cara2 untuk terbang oleh ibunya, ia cuma bergantung pada naluri ingin terbangnya. maka ia begitu yakin sehingga ia berjaya terbang dengan tenang di udara. Selamat berimaginasi.

4 comments:

aLieF si Muncung ManiS said...

vetul tu bro..imaginasi memang penting..mcm kita nak buat entry kat blog..kita perlukan imaginasi..baru blog kita best dan pembaca akan meninggalkan blog kita dgn sekuntum senyuman..huhu..nice entry bro..

ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"CARA-CARA HARDCORE NAK PROPOSE OR PIKAT HATI ORANG YG KITA SUKA""

laziras said...

Tima kasih kerana sudi baca entri yang tak seberapa ni.betul apa yg awak cakap tu pasal cara buat entri kt blog kita perlukan imaginasi terlebih dahulu. Perlu diketahui juga bahawa Tahap keberkesanan imaginasi itu sangat bergantung pada naluri kita.

i_volunteer said...

Tapi bab nk menzahirkn apa yg dimaginasikn tu yg payah bro..
Ada tips? Mgkn boleh share pd entry seterusnya..terbaik!

laziras said...

Terima kasih atas komennya bro. Setuju sangat bro. Menzahirkan imaginasi memang sangat payah sekiranya tiada ataupun kurang tindakan. InsyaAllah sekiranya ada kelapangan sy akan kongsikan tips2nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...