Sunday, December 25, 2016

SEDAR ATAU TIDAK


1. Ramai orang berbelanja lebih banyak daripada apa yg dihasilkan. Menurut petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Oktober 2014, seramai 41 orang belia  Malaysia berumur  lingkungan 21 – 40 tahun dianggarkan  menjadi  muflis  setiap  hari  akibat jahil  pengurusan kewangan.  Menurut rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)  pula  sejumlah 122,169 rakyat  Malaysia  diisytihar  muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun 2013. semakin ramai belia yang muflis disebabkan menanggung bebanan hutang yang amat serius seperti kad kredit, pinjaman, membeli kereta dan pinjaman peribadi.

2. Ramai orang blm kenal apa itu aset dan apa itu liability sehingga mereka terperangkap menjadikan mereka papa kedana. Ramai orang beli kereta dan rumah mahal yg di anggap sebagai aset sedangkan itu hanyalah liabiliti yg menyebabkan duit keluar dr poket kita. Sangat sedikit orang membina aset sebenar yg menyebabkan duit masuk ke poket kita.

3. Ramai orang suka bergosib daripada bercerita berkenaan isu kewangan dan bisnes. Mereka lebih gemar bercerita berkenaan hal orang lain berbanding hal diri mereka dan masa depan sendiri.

4. Orang yang luarbiasa kebiasaanya melakukan usaha yang luar biasa. Ramai orang mengharapkan keputusan yang luarbiasa dengan usaha yang biasa-biasa sahaja.

Image result for robert kiyosaki quotes network

5. Ramai orang inginkan kejayaan sekelip mata tetapi tidak sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu. Mereka lebih gemar membuat teori kejayaan ciptaan mereka sendiri dengan merujuk darilada contoh2 yang salah.

6. Kebanyakan cukai dikenakan kepada pekerja yg bekerja keras untuk syarikat. Sedangkan usahawan yg mempunyai syarikat dan pelabur boleh mendapat banyak pengecualian cukai walaupun pendapatan semakin banyak. Masihkah kita ingin menjadi pekerja selama-lamanya?

7. Ramai orang ingin menjadi kaya tetapi seringkali mengikuti nasihat orang yg berfikiran miskin.

8. Ramai orang inginkan jaminan kewangan. Sangat sedikit inginkan kebebasan kewangan. Kerja kerajaan menjadi idaman kebanyakan muda mudi kerana inginkan jaminan pekerjaan dan pencen. Orang yg inginkan kebebasan kewangan lebih cenderung berniaga dan melabur dalam aset yang menyebabkan duit masuk ke poket mereka  walaupun mereka tidak bekerja lagi.

9. Facebook dicipta untuk mengeratkan hubungan sesama manusia tetapi terlalu ramai orang bermusuhan oleh sebabnya. Sangat sedikit gunakan FB utk perniagaan dan melipatkaligandakan wang. 


10. Kenapa kita perlu menjadi kaya? Jawapan saya ialah supaya kita ada banyak pilihan. Supaya ketika kita ingin melancong, dalam otak kita ada banyak pilihan yg kita boleh pergi. Sekiranya kita mahu menderma, kita ada banyak pilihan sama ada kita mahu derma rm50 atau rm5000. Sekiranya kita hendak ke Umrah, kita ada pilihan sama ada pergi sendiri atau bawa keluarga sekali. Kita banyak pilihan kerana kita mampu.

11. Ramai orang mengeluh kesuntukan masa tetapi tidak pandai menghargai masa. Banyak masa terbuang untuk perkara2 yang tidak penting yang menjadikan mereka lalai. 

12. Duit tidak  penting  tapi  banyak  perkara2  penting  memerlukan  duit. Pandangan negative sering ditujukan kepada mereka yang berusaha  mencari  duit  lebih  sedangkan  tanpa  sedar  mereka  yang berpandangan negatif itupun sedang sedaya upaya mencari duit lebih tetapi bezanya mereka mencari duit lebih tanpa ilmu.

13. Kesilapan nyata ramai orang ialah berjumpa seseorang apabila memerlukan sesuatu. Sedangkan orang yg bijak membina networking dengan banyak berkongsi serta banyak memberi daripada menerima. Mereka sering menjaga networking mereka walaupun pada ketika tiada apa-apa keperluan pada waktu itu.


14. Ramai orang tidak minat belajar berniaga dengan orang cina sedangkan nabi pernah berpesan “Carilah ilmu hingga ke negeri cina”. Orang cina antara bangsa paling pintar berniaga sebab itu ramai jutawan dan billionaire di malaysia terdiri dr golongan cina.

15. Jika belum menjadi kaya tidak mengapa. Biasanya matlamat pertama orang kaya bukanlah untuk menjadi kaya tetapi untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Maksudnya memiliki aliran tunai yang sihat setiap bulan walaupun gaji kecil, yang penting pendapatan mereka lebih banyak daripada perbelanjaan mereka.

16. Ramai orang memilih untuk pencen ketika umur mencecah 55 atau 60 tahun. Terlalu sedikit orang memilih untuk pencen awal seawal 20an, 30an atau 40an. Maksud pencen yg sebenar bagi usahawan ialah memiliki kebebasan kewangan sedangkan orang bukan usahawan berfikir suda tiba masanya saya rehat selama-lamanya dari bekerja kerana telah memiliki wang pencen dan EPF walaupun mereka sedar wang tersebut bukan selama-lamanya nilainya sama. Maksud pencen yg lebih detail lagi ialah mempunyai banyak masa untuk menggandakan kekayaan kerana tidak terikat dengan sesuatu dan memiliki aliran tunai yg sihat. Kita dapat lihat ramai billionair yg masih bekerja seperti Warren Buffett, Bill Gates, Richard Branson dan lain2 lagi kerana mereka ada banyak masa untuk menggandakan kekayaan mereka pada masa sekarang. Mereka boleh saja untuk tidak bekerja tetapi mereka ada pilihan.

17. Ramai orang bercita-cita ingin menangkap peluang yg besar tetapi tidak ingin menangkap peluang yg kecil terlebih dahulu. Sejarah jutawan2 dan billionaire2 banyak membuktikan yang mereka hampir keseluruhan membina empayar bermula dari bawah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...