Monday, February 21, 2011

DUA JEMAAH YANG ANEH!!!!!

Setibanya aku di masjid Bukit Kota Kinabalu, jumaat lalu terpaku aku seketika melihat gelagat segelintir jemaah yang pada aku kurang peka dengan ilmu agama.

Kes pertama;

Dengan rambut yang berwarna ditambah lagi dengan raut wajah yang selamba meningkatkan lagi keyakinan diri apa bila dikelilingi jemaah Jumaat yang sedang menanti laungan azan kedua sebelum khutbah disampaikan.

(Sekadar Gambar Hiasan)

Kita sedia tahu mewarna rambut itu adalah haram di sisi agama Islam. Tetapi mengapa terdapat segelintir muda mudi Islam tanpa segan silu sengaja mewarnakan rambut mereka supaya kelihatan lebih cantik dan bergaya?

Sebenarnya air yang sampai ke rambutnya apabila berwuduk tak akan sampai langsung ke lapisan luar rambut sebenar yang diselaputi pewarna itu.

Cuba bayangkan, sekali kita mewarnakan rambut, berapa bulan atau tahunkah warna tersebut akan melekat di rambut? Selama kita mewarnakan rambut, mahukah kita orang sekeliling mengandaikan kita tak pernah sembahyang selama mana pewarna tersebut melekat di rambut kita? sudah pasti tidak bukan?


Kes kedua;

(Sekadar Gambar Hiasan)

Setelah selesai berwuduk, terfokus aku dengan satu ruang kosong yang seperti memanggil aku untuk duduk di sana. sedang syok mendengar khutbah, tiba2 tertarik aku untuk memandang seseorang yang begitu tenang mendengar khutbah dan begitu kusyuk sekali. Tetapi Sayang sekali dalam ketenangannya itu terfokus aku pada kulit putihnya yang terlihat hasil dari keunikan seluar jeansnya yang koyak di bahagian pahanya. terkejut seketika kerana kes kedua ni amat jarang berlaku. Mahu aku tegur tapi jauh dari tempat duduk aku.


Perlu diketahui bahawa aurat seseorang lelaki itu ialah dari paras lutut hingga ke paras pusat. Ini merupakan satu perkara asas dalam Islam. Tapi hairankan mengapa kes ni boleh berlaku.

Pelbagai persoalan yang timbul tentang siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ni.

Pada aku siapa yang harus dipersalahkan itu tak penting, tapi bagaimana cara penyelesaiannya adalah perkara lebih penting sekali.

Didikan agama yang betul semenjak kecil memang suatu perkara asas yang perlu dilakukan oleh ibubapa. Tapi yang terpenting bagi aku ialah sikap atau attittude dalam diri sendiri adalah teras utama untuk menjadi insan yang lebih beriman dan berjaya.

Cuba bayangkan mengapa kebanyakan mualaf itu dapat mempelajari tentang asas ilmu islam dalam masa yang singkat sedangkan didikan agama semenjak kecil tak pernah berlaku pada diri mereka? ini disebabkan attittude ingin belajar mereka yang sentiasa pada tahap tinggi membolehkan mereka mempelajari ilmu islam itu dengan lebih disiplin dan ikslas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...