Friday, March 18, 2011

KRONI DI MANA-MANA


Sekadar gambar hiasan


Sepanjang liku-liku hidup yang penuh mencabar dalam beberapa minggu ni, tertarik aku untuk menulis satu isu yang bagi aku serius iaitu tentang KRONI. Kroni boleh berlaku pada bila-bila masa, kawasan dan keadaan. Kroni ialah sesuatu sikap yang lebih kepada kenalan (Kawan, Sahabat dan saudara), juga boleh dikatakan sesuatu sikap pilih kasih yang menyebelahi kenalan seseorang.

Rasa bengang jugakan bila ianya berlaku pada diri kita. si Polan dapat sesuatu yang kita sepatutnya dapat. Ini boleh menyebabkan kemarahan tahap dewa ni. Tak adil bukan? Seseorang telah mengambil hak kita lebih-lebih lagi bila kita telah berusaha dan layak menerimanya.

Kroni juga boleh berlaku dalam mendapatkan pekerjaan, dalam mendapatkan tender atau projek, dalam pengagihan tugas kerja dan banyak lagilah. Kenalan adalah nombor satu dalam senarai. Lebih-lebih lagi kenalan tersebut ialah kawan rapat semenjak dari kecil lagi. Maka orang yang benar-benar layak hanya dijadikan batu tunggul yang tak boleh berbuat apa-apa kecuali meluahkan perasaan pada kenalan rapat masing-masing.

Namun kita sendiri perlu tabah dengan dugaan jika kita tergolong dalam orang-orang yang teraninaya seperti ni. Jangan cepat putus asa. Aku tak nafikan akupun pernah merasa teraninaya sepanjang hidup aku ni. Semua orang pasti pernah merasa teraninaya walaupun sedikit.

Kawan aku pernah berkata berkenaan cara dia menangani masalah-masalah dalam kerjayanya iaitu; dalam career atau kerjaya, dia telah tetapkan tempoh dua tahun sahaja bekerja dalam satu-satu company, kalau dalam tempoh tersebut tak ada perubahan atau improvement seperti tak ada kenaikan gaji, pangkat dan skill serta ada unsur-unsur kroni, dia akan berpindah ke company lain. Sehingga kini dia telah berpindah kerja sebanyak lebih kurang lima company dan akhirnya dia telah dapat apa yang dimahukannya dalam pekerjaan. kini dia mampu bekerja dalam keadaan yang aman dan harmoni. Gajipun boleh tahan juga. Satu-satu masa income tax boleh mencecah RM 1000 lebih.

Pada aku, cara terbaik ialah kita tingkatkan usaha kita 200%, sentiasa berfikiran positive, jangan mudah putus asa, fikir apa yang kita telah buat tak sia-sia kerana kita telah mendapat ilmu dan pengalaman daripadanya, dan sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan. Namun jika jalan terakhir terpaksa dibuat atas alasan yang munasabah, maka buatlah apa yang kawan aku telah lakukan di atas ni dan terus perbaiki diri dari semasa ke semasa tanpa putus asa. Bak kata pepatah bekerjalah kita bagai kita hidup seribu tahun, beramallah kita bagaikan kita mati esok hari. sekian.

2 comments:

lady-D said...

benda ni mmg kat mane2 ade kan..

laziras said...

ya d_LA, dlm sedar atau tanpa kita sedari kroni boleh wujud di mana2. Lebih2 lagi dlm mengejar kekayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...