Monday, January 31, 2011

(PROJECT PLANNER) SOFTWARE KEGEMARANKU UNTUK IPHONE ATAU IPOD




Seperti yang telah aku janjikan, kali ni aku mahu share lagi sedikit pasal favorite software atau aplikasi aku iaitu Project Planner.

Project Planner merupakan satu aplikasi perancangan projek serta tugas. Ia memudahkan kita menyimpan dan melihat beberapa projek dan tugas dalam satu masa. Paparan dalam bentuk gantt chart akan ditunjukkan bagi membolehkan kita melihat secara keseluruhan perancangan yang kita telah buat.

Aplikasi ini sesuai untuk mereka yang suka melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu perkara , program atau business. Kita boleh mengedit tast type atau jenis tugas ke dalam gannt chart tersebut. Jenis tugas yang boleh dipilih ialah seperti TASK, SUMMARY dan MILESTONE.

Paparan gannt chart boleh dipaparkan pengikut kemahuan kita iaitu sama ada mengikut harian, mingguan atau bulan. Ini membolehkan kita melihat paparan tersebut dalam bentuk yang mudah kita difahami.

Selain itu aplikasi ini dilengkapi dengan sistem lock yang boleh ditetapkan oleh kita sendiri. Ini bermakna orang lain tidak dapat memasuki aplikasi tersebut tanpa memasukkan key lock. Ini meningkatkan tahap keselamatan data kita terutamanya jika terdapat maklumat penting yang tidak boleh kita kongsikan dengan orang lain.

Active task pula fungsinya ialah untuk mengetahui task yang sedang kita buat. Kita boleh menetapkan peratus completion task yang sudah siap. Dari sini kita akan lebih fokus terhadap task kita itu.

Setelah kita selesai membuat perancangan yang lengkap, kita boleh mengeksport atau convert file tersebut dalam bentuk PDF atau gannt chart yang boleh dipaparkan pada komputer atau laptop kita. File tersebut boleh di eksport melaui email.

Aplikasi ni Sunggung mengkagumkan aku. So sesiapa yang belum mendownload aplikasi ini, aku guaranty memang puas hati.

2 comments:

Asri Alam said...

banyaknya geng. bagus buat dlm bentuk point. bingung suda sikit2 td

laziras said...

ya ka geng? Ok sory next time aku buat dlm bentuk point2. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...