Thursday, February 17, 2011

AKU RUGIIII GERAMNYA ARRRRGGGG!!!!!

Zaman sekarang bermacam2 cara untuk mencari duit. Bisnes merupakan jalan terbaik untuk mendapatkan duit yang lebih. Tahukah anda corak2 bisnes yang wujud di dunia ni? Dalam banyak2 corak aku sangat tertarik untuk membincangkan isu bisnes yang bercorak MLM (Multi Lavel Marketing).

Kamu mesti tahukan pasal bisnes MLM ni? Pernahkah kamu join? Ada untung ka? Berapa? Berapa orangkah yang telah kamu pengaruhi join bisnes ni? apa tawaran yang kamu dapat? Soalan2 ni amat penting bagi mereka yang sedang dipengaruhi untuk join bisnes ni. Sekiranya kamu berada di tempat orang yang sedang mempengaruhi, apakah jawapan kamu kepada soalan yang telah diajukan tersebut? Bagaimana cara anda menjawab? persoalan yang penting bagi orang yang sedang mempengaruhi ialah adakah kamu akan menjawabnya dengan jujur lebih2 lagi sekiranya kamu baru sahaja join bisnes ni???


(Sekadar gambar hiasan)

Aku memang sengaja menerangkan ia dalam bentuk persoalan kerana aku cuma perlukan jawapan ikhlas daripada kamu dalam hati masing2. Aku tak akan menerangkan bisnes ni dengan lebih detail. Cukup kamu mengetahui sistem bisnes ni secara umum.

(Sekadar gambar hiasan)

kebiasaannya yang aku tahu melalui hasil kajian, bisnes ni hanya memerlukan satu product yang dijadikan sebagai satu simbol bagi membolehkan proses bisnes ini dijalankan. Product tersebut bukanlah keutamaan tetapi bayaran yuran untuk menjadi ahli tersebut adalah lebih diutamakan.

Aku bukanlah memburuk2kan corak bisnes ni, cuma aku tak mahu orang yang tak berkelayakan menceburi bisnes ni. Lepas ni aku akan terangkan ciri2 orang yang layak menceburi bisnes ni dan kenapa orang2 yang tak layak aku melarang keras menceburi bisnes ni.

(Sekadar gambar hiasan)

ok, mari aku terangkan ciri2 orang yang layak satu persatu;

pertama: orang tersebut mempunyai pengaruh yang kuat dan ramai.

Kedua: orang itu semestinya asalnya memang orang kaya dan ada kenderaan dan rumah mewah.

Ketiga: orang itu adalah antara orang yang terawal join bisnes ni dan juga telah mengetahui strategi utama bisnes ni sebelum join bisnes ni lagi.

Maaf aku katakan bahawa kamu yang tak mempunyai ciri2 seperti di atas ni aku andaikan kamu tak berkelayakan langsung untuk menceburi bisnes ni. mengapa? Tanyalah diri kamu sendiri bagaimana kamu boleh mempengaruhi orang lain sedangkan kamu cuma mampu menjadikan orang yang memang asalnya kaya sebagai contoh kepada ganjaran yang bakal diterima apabila join bisnes ni. Biasanya kereta sport mewah sebagai pengkabur mata sedangkan kereta tersebut adalah milik parents, saudara2 atau rakan2 orang itu.

Sekali lagi aku mahu terangkan aku bukanlah anti kepada bisnes yang bercorak MLM ni, cuma aku tak mahu orang yang tak berkelayakan menceburi bisnes ni.

Bukan semua bisnes yang bercorak MLM ni adalah sama, ada juga bisnes seperti ini yang lebih baik sistem bisnesnya seperti syarikat Tupparware. ingat ka lagi? beza bisnes ni ialah ia lebih mengutamakan product. Apabila kita mempromosikan product tersebut kepada orang lain, kita akan diberikan komisen hasil daripada jualan tersebut. Mengapa aku katakan product lebih diutamakan? Ok, biasanya jika berlaku kerosakan pada Tupparware, syarikat Tupparware akan menggantikan Tupparware tersebut dengan Tupparware yang baru. Ini membolehkan syarikat ni dapat berkembang dan bertahan sehingga ke hari ini berbanding dengan bisnes MLM yang tidak mengutamakan product yang kebanyakannya tak berpanjangan.

Sekarang fahamkah kamu perbezaan bisnes MLM yang lebih mengutamakan product dan bisnes MLM yang tak mengutamakan product? Fikir-fikirkan lah hal ini sebelum kamu melafaskan tajuk entri di atas dengan nada marah dan penyesalan. Sekian.

Sekarang fahamkah kamu perbezaan bisnes MLM yang lebih mengutamakan product dan bisnes MLM yang tak mengutamakan product? Fikir-fikirkan lah hal ini sebelum kamu melafaskan tajuk entri di atas dengan nada marah dan penyesalan. Sekian.

6 comments:

aLieF si Muncung ManiS said...

betul tu..sebelum ni akak dan abg ipar saya ada gak plan nak buat bisnes MLM ni..tapi,saya bgtawdiaorg pasal bisnes ni..nasib baek diorang tak buat..huhu..

ENTRY BARU ALIEF..kalau nak popular dengan cepat,,sila baca..jgn malu-malu..ni dia tips-tips nak jadi popular dgn cepat..""

laziras said...

bagus la klu gitu, paling bagus buatlah bisnes yang nampak hasilnya seperti buat product pastu jual, lagi puas hatikan.

Asri Alam said...

aku pun mau join mlm. jual nangka, aku yg anjurkan. ko bayar yuran dgn aku. pastu ko cari orang lain untuk bayar yuran dgn ko

laziras said...

haha aku mau join la klu gitu. berapa mau bayar tu yuran pula?

lady-D said...

xnaklah kaya sgt..bahaya..nt kene rompak..hehe..dpt duit blogging pun kire okelah

laziras said...

@d_LA

dapat duit bloggingpun lama2 kaya juga tu. boleh kena rompak tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...