Tak dapat dinafikan rasa gemuruh di dalam diri. Aku present hari ke lima. Sebelum tu asyik memikirkan pasal presentation sehingga time makan dan mandipun terfikir juga. Huh.
Namun aku harus menghilangkan rasa gemuruh itu. Kebetulan member aku pandai mengurut, apa lagi teruslah aku gunakan kesempatan ini untuk kurangkan stress dan gemuruh. setiap malam aku study hurt untuk presentation yang terbaik. Bahasa inggeris akupun bukanlah baik sangat, tapi boleh2 la.
sehari sebelum present, aku study sampai jam 3 setengah pagi. Entah mengapa macam tak cukup lagi apa yang aku study sebelum ni. Nasib baiklah ada juga member yang bagi tunjuk ajar pasal presentation. rasa ringan la juga sikit. Aku berdoa pada tuhan agar dipermudahkan presentationku ini.
Hari presentation aku jam 10 pagi, aku bangun awal, mandi dan pakai baju. Kemudian aku melangkah dengan tenang menuju ke tempat presentation aku yang tak berapa jauh dari Hotel. aku melangkah bagaikan tak pijak lantai menggambarkan aku adalah orang yang paling steady sekali.
Tiba masa presentation aku, semua orang fokus ke arah aku. Aku tenangkan fikiranku bagaikan aku tengah present dengan budak2 kecil yang pintar untuk menghilangkan gemuruhku. Introduction yang baik telah aku berikan, kemudian isi2 yang ringkas dan padat telah aku rungkaikan. Yang penting bagi aku, semua orang faham jalan cerita presentation aku tak kira terdapat sedikit penggunaan bahasa yang simple2 (kalau bahasa melayu orang panggil bahasa2 kampung). Lepas present, aku tunjukkan pula cara praktikalnya pada Platform mini.
Terasa lega selepas selesai prentationku. Semua cabaran telah aku rintangi. Aku merasa bagaikan akulah orang yang paling heppy di dunia. Presentation seterusnya disambung oleh rakan yang lain sehingga jam 7 malam. Perancangan awal, presentation hanya sehari sahaja, tetapi oleh kerana banyak persoalah dan isu yang timbul maka dilanjutkan hingga keesokkan harinya.
Malam selepas prentationku, merayaulah aku dengan member2 bermain pool antara sukan kegemaranku. Walaupun kekalahan teruk, namun skill2 hebat telah aku pamerkan. Keesokkan harinya tibalah hari terakhir di Labuan. Aku sempat membeli coklat untuk diberikan pada orang rumah almaklumlah coklat di Labuankan murah2. Kami menaiki speed boat ke Menumbok kemudian sewa kereta ke KK. Kakak dan abang ipar aku terpaksalah ambil aku di KK balik ke rumah. Alhamdulillah sampai juga akhirnya ke destinasi.
Pengajaran yany telah aku pelajari ialah “Jika tak ada yang PERTAMA, yang KEDUA jangan harap akan ada.” Jadi jika yang PERTAMA itu terpaksa kita lakukan, lakukanlah ia dengan sebaik yang mungkin agar yang KEDUA nanti akan bertambah lebih Berjaya. Bagi aku Doa kepada Allah itulah yang paling utama untuk mendapat ketenangan dalam diri.
7 comments:
tahniah geng. aku buat ceramah utk guru2 dgn pelajar ada la. entah bila ada peluang utk buat presentation dgn foreign.
thanks geng sebab hantar aku p air port ari tu, subuh2 lagi tu bangun haha. next time giliran ko pla ceramah utk foreign tu geng.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
uihhhh labuan ni kalau naik air asia flight tempat aku tak ade tapi gi miri tu adelah atau kucing mana yang dekat
wah!
saya paling cuak bab2 presentation cmni la..adoii..tolong..
bg tips2 cikit....
sy da folo!
Afzanizam: tmpt kamu d mana tu?
atikNAOshi: Tima kasih follow yea, bab2 tips presentation ni susah mau ckp sbb aku tak berapa perfect pasal ni, tp utk tak menghampakan aku bagi jg la sikit2 yea,ni tips2 dr aku:
1. Doa
2. Semasa presentation, kita harus anggap bahawa kita saja yg pakar pasal bab yang kita present tu, walaupun pada hakikatnya kita tak lah berapa pakar sangat.
3. pegang pen semasa present. sekali sekala hidu bau pen tersebut.
4. jangan pegang kertas, sbb jika tangan kita bergegar, orang akan jelas nampak.
5. kawal pernafasan semasa present, tarik nafas perlahan2 dan hembus perlahan2. ia akan mengurangkan gemuruh.
6. Jangan lupa ulangkaji apa yang kita ingin present tu, sebaiknya guna ayat2 yang kita reka sendiri tetapi tak lari maksudnya.
7. Introduction mesti power sbb ia adalah gambaran awal tentang keseluruhan prentation kita.
8. Buat point2 ringkas dan padat, present dengan menggunakan ayat kita sendiri. Ini bagi aku penting, sbb matlamat utama presentation ialah supaya apa yang ingin kita sampaikan dpt diterima oleh pendengar.
9. Suara mesti lantang dan jelas supaya pendengar respect dgn kita.
harap dapat membantu yea :)
owh! thx ye Laziras!
sy cube praktik ape yg awk ckp ni nti..
cuak sungguh nti kna present dpn foreigner :(
atikNAOshi: Selamat berjaya yea :D
Post a Comment